Kertas Putih Pertahanan Negara (KPP) merangkumi strategi pertahanan negara yang akan dilaksanakan bagi tahun 2020-2030.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, KPP dibangunkan bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama bagi berdepan perubahan geopolitik, teknologi ketenteraan dunia serta jenayah rentas sempadan.
Lebih inklusif lagi, KPP, tegas Mohamad, mempunyai lima objektif utama pertahanan negara yang dikenal pasti.
Lima objektif pertahanan negara telah dikenal pasti ialah pembangunan pelbagai domain bagi mengesan, mencegah dan menafikan sebarang bentuk ancaman, peningkatan daya ketahanan dalaman dengan melaksanakan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat.
"Pengukuhan kapasiti pertahanan melalui perkongsian berwibawa dengan rakan antarabangsa, kemajuan industri pertahanan sebagai pemangkin ekonomi dan penginstitusian tadbir urus terbaik dan menjayakan reformasi organisasi" katanya
ketika membentangkan cadangan KPP di Dewan Rakyat pada Isnin.
Menurut beliau, KPP yang melibatkan rakyat serta pihak berkepentingan dalam pertahanan negara itu turut menjadi satu dokumen kerajaan dan dasar yang dipersetujui dalam kalangan agensi kerajaan.
Malah kebolehpercayaan juga ATM akan ditingkatkan sekali gus berupaya dan sentiasa siap siaga untuk melindungi kepentingan negara dan mempertahan kedaulatan dan keutuhan wilayah.
Sebagai perisai negara, struktur ATM juga, kata Mohamad, perlu dibentuk semula dalam menangani perubahan persekitaran keselamatan.
"Bahagian penting dalam pembangunan Angkatan Masa Hadapan ialah pelaburan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan, keupayaan tenaga kerja yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran ke arah askar pintar.
"Kerajaan beriltizam untuk membangunkan ATM agar menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus yang mempunyai ciri utama iaitu kebersamaan, kebolehoperasian, berasaskan teknologi, keupayaan untuk beroperasi serentak dalam dua wilayah dan berorientasikan misi," sambung beliau lagi.
Dari sudut keperluan keupayaan, KPP, ujarnya, telah mengenalpasti 10 keperluan antaranya memperkukuhkan perisikan pertahanan ATM, membangunkan keupayaan aktiviti elektromagnetik sibber.
Tidak ketinggalan, meningkatkan keupayaan perisikan, pengawasan, perolehan sasaran dan peninjauan atau ISTAR.
Fareez Azman
Mon Dec 02 2019

Kertas Putih Pertahanan Negara merangkumi strategi pertahanan negara yang akan dilaksanakan bagi tahun 2020-2030, kata Mohamad Sabu. - Gambar fail

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

Bukan Bumiputera dalam ATM kurang 3 peratus
Faktor kerja yang susah dan gaji yang rendah dikenal pasti punca, komuniti bukan bumiputera kurang minat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Kementerian Pertahanan pastikan LCS siap ikut jadual
Adly Zahari berkata, paling penting LCS dapat disiapkan seperti jangkaan pada tahun 2024 demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

RM5.7 juta untuk baik pulih, bina rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM5.7 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini.

Parlimen: Mindef sukar mengesan veteran ATM di Sabah dan Sarawak
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui berdepan dengan kesukaran untuk mengesan veteran ATM di Sabah dan Sarawak kerana tidak berdaftar dengan Persatuan Veteran ATM.

ATM bela nasib veteran jadi mangsa banjir - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membela nasib warga veterannya yang terjejas dengan banjir di beberapa negeri ketika ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Agama bukan punca kepada keganasan di Selatan Thailand - Ketua Fasilator
Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.

Belanjawan 2023: Peruntukan lebih RM500 juta selenggara rumah tentera, institusi bawah KDN
Lebih 7,000 rumah mampu milik di bawah Program SASaR akan dibina di Kuala Lumpur bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi ATM.

Belanjawan 2023: Peruntukan RM150 juta untuk NADMA, tambah baik aset persediaan bencana - PM
Peruntukan sebanyak RM 150 juta akan disalurkan kepada Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menambah baik keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana.

Gempa bumi Turkiye: JBPM sedia tukar pasukan SAR jika perlu
Pertukaran bukan sahaja melibatkan anggota, malah termasuk aset dan anjing pengesan (K9).