awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs

Bernama
Bernama
13/12/2022
12:05 MYT
KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs
Datuk Adnan Mat berkata keputusan itu dibuat bersandarkan hasil dapatan jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan dan semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna serta tidak menjadikannya sebagai modal politik. - Gambar fail/BERNAMA
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon semua pihak agar menghormati keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata keputusan itu dibuat bersandarkan hasil dapatan jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan dan semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna serta tidak menjadikannya sebagai modal politik.
"Cuepacs mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato Seri Mohd Shafiq atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang perkhidmatan yang diberikan.
"Walau apa jua yang berlaku, jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam amat dihargai oleh Cuepacs. Cuepacs mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato Seri Mohd Shafiq," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Adnan menyeru semua pihak terutama warga perkhidmatan awam untuk terus bergerak ke hadapan dan tidak memanjangkan isu penamatan perkhidmatan itu sehingga menjejaskan perkhidmatan mereka kepada rakyat.
Adnan juga mengingatkan semua pihak termasuk pegawai lantikan politik dalam perkhidmatan awam supaya menghormati proses kerjasama dengan penjawat awam dalam usaha pemulihan negara seperti dituntut Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sudah tentu sikap hormat menghormati menjadi asas utama bagi membentuk sebuah permuafakatan yang baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
"Hubungan antara kakitangan tidak kira jawatan haruslah dijaga dengan baik kerana kerjasama yang kukuh akan diterjemahkan melalui kualiti perkhidmatan yang cemerlang," katanya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali ,dalam kenyataan hari ini, mengumumkan penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA , berkuat kuasa, semalam, .
Mohd Zuki berkata penamatan itu selaras dengan Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut Subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#KPPA
#Mohd Shafiq Abdullah
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan