awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK tidak berkompromi isu pencemaran libatkan industri getah

Bernama
Bernama
05/05/2020
08:13 MYT
KPPK tidak berkompromi isu pencemaran libatkan industri getah
Mohd Khairuddin berkata, JAS telah mengambil sampel pelepasan efluen untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia, laporan siasatan penuh sedang disediakan.
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) tidak akan berkompromi dengan pengilang yang melanggar peraturan ditetapkan terutama syarikat yang diberi kelonggaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia susulan isu pencemaran daripada kilang-kilang produk berasaskan getah yang telah mendapat perhatian umum berikutan beberapa aduan sejak kebelakangan ini.
"Kementerian amat menitikberatkan isu pencemaran alam sekitar dan komited untuk mengawal selia kilang-kilang yang beroperasi secara berterusan khususnya dalam tempoh PKP.
"Kementerian juga akan meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang berkaitan bagi usaha pemantauan dan siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada 3 Mei, KPPK menerusi Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP) Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan pemeriksaan kilang produk getah di Bukit Beruntung yang dipercayai melepaskan efluen berbuih ke longkang awam.
"Hasil pemeriksaan mendapati efluen berbuih terhasil daripada proses pembuatan produk getah yang menggunakan lateks. Walaupun sistem rawatan pelepasan efluen berfungsi, namun bahan surfaktan yang terkandung di dalamnya dengan isipadu air berkelajuan tinggi semasa proses pelepasan telah menyebabkan buih terhasil.
"Tindakan penambahbaikan serta-merta telah diambil oleh kilang semasa proses pelepasan efluen untuk mengurangkan penghasilan buih" katanya.
Katanya JAS telah mengambil sampel pelepasan efluen untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia, laporan siasatan penuh sedang disediakan.
Sekiranya terbukti syarikat berkenaan melanggar peraturan dan menyalahi undang-undang, kementerian melalui LGM akan menggantung atau membatalkan lesen syarikat serta premis yang berdaftar dengan agensi berkenaan.
Sebarang aduan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline LGM di 1-800-888-474 atau hotline KPPK di 03-8880-3498 dalam tempoh PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian
#Khairuddin
#komoditi
#kpkk
#perusahaan perladangan
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan