awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK tidak keluar lesen jual hasil sawit kepada peneroka haram

Bernama
Bernama
03/08/2021
20:00 MYT
KPPK tidak keluar lesen jual hasil sawit kepada peneroka haram
Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh KPPK untuk menjual hasil perladangan mereka. -Gambar hiasan
BANTING: Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk menjual hasil perladangan mereka, kata Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata perkara itu telah ditetapkan oleh kementerian kerana antara syarat untuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa adalah, tanah bagi perladangan sawit di negara ini, wajib didaftarkan dan mempunyai geran.
"Apabila sampai masa untuk menuai hasil, selepas tiga atau empat tahun mereka perlukan lesen untuk menjual dan di situ akan ada masalah kerana kita tidak akan mengeluarkan lesen kepada ladang yang tidak bergeran," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin Industri Majlis Kayu-Kayan Malaysia di Olak Lempit, di sini, pada Selasa.
Mohd Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai penanaman kelapa sawit haram di Kuala Langat Selatan, dekat sini melibatkan kawasan hutan simpan seluas 11 hektar.
"Kuasa mengambil tindakan undang-undang atas pencerobohan adalah pada pemilik tanah. Kuasa kita hanya memberi lesen untuk menjual hasil kelapa sawit," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#tanah
#peladang
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan