awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT akan perhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi Jawatankuasa ICIEF

Bernama
Bernama
22/02/2024
09:30 MYT
KPT akan perhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi Jawatankuasa ICIEF
Zambry ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi mampan yang bakal dikemukakan oleh jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF).
Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kementerian itu akan menyemak terlebih dahulu bagi memastikan struktur yang akan dikemukakan khususnya dalam membentuk modal ekonomi baru.
"Saya telah mendengar beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh panitia persidangan dan kementerian akan memperhalusi cadangan yang akan dikemukakan khususnya dalam menyediakan satu model ekonomi yang menyentuh ekonomi manusiawi mampan," katanya kepada media selepas majlis penutup persidangan itu, di sini, hari ini.
Zambry berkata pada dasarnya cadangan tersebut bukanlah merupakan satu perkara baharu tetapi kementerian perlu memperkemas atau membentuknya secara berstruktur dengan lebih baik lagi.
Sementara itu, pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Profesor Dr Mohamed Aslam Bin Mohamed Haneef berkata kerangka ekonomi Islam itu akan dibentangkan pada persidangan Mei ini sebelum diserahkan kepada kementerian.
"Beberapa resolusi daripada persidangan kali ini akan dibawa ke konvensyen pada Mei ini. Kita akan mendapatkan maklum balas daripada peserta konvensyen dan mengusahakan kerangka ekonomi Islam untuk diserahkan kepada kementerian," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata perbincangan, pembentangan dan resolusi persidangan itu perlu menyediakan input yang menyelaraskan ekosistem pendidikan negara dengan matlamat kelestarian dan kesejahteraan insan.
"Kementerian akan terus menyokong penyelidikan kolaboratif, termasuk dalam bidang khusus ekonomi Islam dan ekonomi sosial yang mungkin tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada industri perbankan dan kewangan Islam," katanya.
ICIEF yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan oleh Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan usahasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Persatuan Antarabangsa Ekonomi Islam (IAIE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Zambry Abdul Kadir
#cadangan kertas putih
#ekonomi manusiawi mampan
#Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan