MALAYSIA
KPT arah dua politeknik di Pulau Pinang, Kedah semak semula kursus
Zambry menekankan kepentingan membina ekosistem pendidikan yang menyeluruh serta memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan pihak industri. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan dua politeknik di utara tanah air menyemak semula kursus yang ditawarkan agar memenuhi dan menyokong keperluan industri berteknologi tinggi, khususnya semikonduktor yang semakin berkembang pesat.
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata dua politeknik tersebut adalah Politeknik Balik Pulau di Pulau Pinang dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Politeknik Kulim di Kedah, yang terletak berhampiran hab semikonduktor negara.
"Politeknik juga perlu kita persiapkan, jadi saya telah mengarahkan supaya dua politeknik yang ada di kawasan utara ini melihat dan menyemak semula dari segi kursus yang mereka tawarkan supaya dapat memenuhi permintaan dalam bidang yang semakin berkembang.
"Kita tidak mahu hanya pada universiti, kita hendak juga melihat perubahan di peringkat politeknik dan kolej komuniti yang ada di kawasan yang berkaitan dengan ekosistem tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan IEEE International Symposium on the Physical and Failure Analysis of Integrated Circuits (IPFA) 2025 di Pusat Konvensyen Setia Spice di Bayan Lepas, hari ini.
Beliau berkata langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan membangunkan ekosistem menyeluruh bagi menyokong aspirasi menjadikan Malaysia peneraju dalam sektor semikonduktor, termasuk aspek reka bentuk dan pengeluaran cip sekali gus kekal berdaya saing dalam landskap teknologi global.
Zambry juga menekankan kepentingan membina ekosistem pendidikan yang menyeluruh serta memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan pihak industri menerusi pendekatan strategik jangka panjang, khususnya dalam bidang kejuruteraan serta semikonduktor.
"Bukan hanya Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi juga pelbagai universiti yang lain turut berperanan seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), antara peneraju utama dalam bidang ini.
"Kita juga ada lima Malaysia Technical University Network (MTUN) yang mengkhususkan dalam bidang teknikal tinggi termasuk kejuruteraan, semikonduktor, teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI)," katanya.
Dalam pada itu, beliau memuji USM yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya membangunkan cip mereka sendiri, dengan kerjasama pelbagai pihak industri.
Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan kemampuan institusi pengajian tinggi (IPT) negara untuk bukan sahaja terlibat dalam aspek back-end industri semikonduktor tetapi juga mula memasuki fasa front-end membabitkan reka bentuk dan pengeluaran cip.
Persidangan IPFA 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos itu dianjurkan oleh Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) USM dan kali kedua diadakan di Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPT mengarahkan Politeknik Balik Pulau dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menyemak semula kursus agar selari dengan keperluan industri semikonduktor, sejajar dengan kedudukan mereka berhampiran hab teknologi tinggi negara.
- Langkah ini menyokong aspirasi menjadikan Malaysia peneraju semikonduktor melalui pembangunan ekosistem pendidikan menyeluruh dan kerjasama strategik antara universiti serta industri, termasuk penglibatan MTUN dan IPT seperti USM dan UniMAP.
- USM dipuji atas kejayaan membangunkan cip sendiri, menunjukkan kemampuan IPT negara untuk terlibat dalam aspek reka bentuk dan pengeluaran cip, bukan sekadar sokongan industri semikonduktor peringkat belakang.