KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR. 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan platform EduData bagi membekalkan maklumat kepada pelbagai pihak berkepentingan.
Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad ketika menyampaikan ucaptama di EduData Summit 2022 (EDS) di New York pada Jumaat berkata maklumat dalam EduData dikumpulkan daripada platform seperti MyMOHEs iaitu sistem yang digunakan untuk mengumpul data dari semua universiti awam dan e-IPTS untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Noraini berkata data berkenaan dapat membantu dalam merangka inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk menambah baik kurikulum dan latihan sebelum pelajar memasuki pasaran kerja yang kompetitif.
"Jadi, kami dapat mempergiatkan kolaborasi akademik-industri untuk jangka panjang bagi merapatkan jurang antara kelayakan graduan kami dan pekerjaan yang tersedia di pasaran," katanya menerusi ucaptama bertajuk 'Pengalaman Malaysia Melaksanakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Mampan dan Inklusif melalui Edudata' itu.
Selain itu, beliau berkata data yang diperoleh dapat menjadi alat pengukuran penarafan yang mencerminkan kualiti IPT di Malaysia.
"Walaupun kami akui bahawa kualiti pendidikan tinggi boleh diukur dalam pelbagai cara, kami juga percaya ranking mencerminkan kualiti, ini terbukti apabila kesemua lima universiti penyelidikan kami disenaraikan dalam 50 terbaik universiti terbaik di Asia.
"Selain itu, salah satu universiti kami (Universiti Malaya) disenaraikan dalam 100 universiti terbaik dalam QS World Universities Ranking 2023, secara keseluruhan, empat universiti disenaraikan dalam 200 teratas," katanya.
Noraini berkata pihaknya menyasarkan 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025 dan untuk mencapai sasaran ini, universiti tempatan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuklah program cawangan luar negara atau offshore.
Katanya pihak KPT turut memberi fokus terhadap kursus pentauliahan mikro dan Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Kini terdapat 11,000 kursus pentauliahan mikro ditawarkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus pendek di institusi yang berbeza dan menggabungkannya untuk ditukar menjadi pensijilan, katanya.
EDS, yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, merupakan platform perbincangan dan perkongsian amalan terbaik antara pakar mengenai kepentingan data dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Noraini berkata maklumat dalam EduData dikumpulkan daripada platform seperti MyMOHEs iaitu sistem yang digunakan untuk mengumpul data dari semua universiti awam dan e-IPTS untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).- Gambar fail/Facebook
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KPT bangunkan EduData untuk pihak berkepentingan - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan platform EduData bagi membekalkan maklumat kepada pelbagai pihak berkepentingan.