awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT galak universiti swasta laksana Dapur Siswa

Bernama
Bernama
09/08/2025
21:45 MYT
KPT galak universiti swasta laksana Dapur Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi menggalakkan universiti swasta di seluruh negara mencontohi projek Dapur Siswa yang kini dilaksanakan oleh semua universiti awam (UA), kata Zambry.
KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi menggalakkan universiti swasta di seluruh negara mencontohi projek Dapur Siswa yang kini dilaksanakan oleh semua universiti awam (UA).
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya percaya terdapat pelajar di institusi pengajian tinggi swasta turut menghadapi kekangan kewangan termasuk kerana peningkatan kos sara hidup.
"Saya mendapat maklumat telah ada universiti swasta yang melaksanakan projek Dapur Siswa ini. Kita faham ada kalangan pelajar yang mungkin mempunyai kesulitan dan masalah kewangan. Sebab itu saya telah arahkan di peringkat universiti di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk melaksanakan projek ini.
"Seperti apa yang dilaksanakan di UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) yang menyediakan makanan untuk 300 pelajar setiap hari bagi memastikan pelajar-pelajar yang dalam kesusahan tidak kelaparan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi 'In Person With DocZam' di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zambry berkata, beliau juga telah mengarahkan semua naib canselor supaya cakna mengenai mana-mana pelajar yang dalam kesusahan dan segera memberikan bantuan.
Katanya, pihak universiti juga perlu segera memaklumkan kementerian mengenai perkara tersebut agar bantuan bersesuaian dapat disalurkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Dapur Siswa
#universiti swasta
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan