awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir

Bernama
Bernama
05/12/2024
13:45 MYT
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
MASKUM memaklumkan sebanyak 12 universiti yang terlibat misi kali ini. - Gambar FB MASKUM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir melalui program misi pascabanjir 2024 Skuad Ihsan MADANI anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
MASKUM menerusi infografik di Facebook memaklumkan sebanyak 12 universiti yang terlibat misi kali ini, iaitu Universiti Malaysia Pahang, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
"Selain itu, turut terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan," menurut infografik itu.
MASKUM memaklumkan pasukan sukarelawan akan membantu mangsa banjir membersihkan kawasan serta menghantar barangan keperluan asas di lima daerah hari ini, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Bachok manakala bantuan di Pasir Puteh akan dilakukan esok.
"Antara tempat pembersihan di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat dan Masjid Kampung Siram manakala di Tumpat pula SK Sri Tumpat dan Masjid At-Taqwa Bunut Susu," menurut MASKUM.
Di Rantau Panjang pula, bantuan pascabanjir melibatkan kawasan di Masjid Gual Sitok dan Masjid Al-Taqwa Taman Rantau Mas serta di Bachok membabitkan Kampung Bakong dan Kampung Tanjung Jenera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Malaysia Airlines
#mangsa banjir
#MASKUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan