awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry

Bernama
Bernama
13/03/2024
09:00 MYT
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Zambry berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sebagai satu daripada usaha memenuhi keperluan semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas dan pelajar kohort pertama program itu akan memulakan pengajian Oktober ini.
"Pembangunan dan kurikulum AI telah dikenal pasti menepati keperluan industri, melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Zambry berkata KPT sememangnya sedang dalam usaha merealisasikan agenda negara ke arah membangunkan bakat mahir yang memenuhi kehendak industri dan siswazah kalis masa hadapan.
"KPT juga telah membangunkan Kerangka Pembangunan Program Teknologi Tinggi Bernilai Tinggi bertujuan menghasilkan graduan yang mampu mendepani landskap pekerjaan yang sentiasa berubah dan penuh dengan persaingan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Universiti Teknologi Malaysia
#Zambry Abdul Kadir
#kecerdasan buatan
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan