KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi diminta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan sebuah dana latihan industri, bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat terpilih.
Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai berkata penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut.
"Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kerana syarikat yang mencarum dengan HRDF dapat menikmati tawaran latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka secara percuma.
"Jadi sekiranya IPT dapat sama-sama mewujudkan dana latihan industri dan mencarum dengan HRDF, elaun latihan industri itu lebih mudah diselaraskan, sekali gus mengurangkan beban pelajar yang sedang menjalani latihan industri," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyeru syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan.
Anwar berkata bagaimanapun kerajaan tidak akan menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kepada pelatih industri, memandangkan latihan itu bukan bersifat paksaan.
Barjoyai berkata pelajar praktikal juga boleh dibayar mengikut kadar produktiviti mereka, sekiranya pelajar berkenaan dapat memberi pulangan atau keuntungan kepada syarikat, kerana pada hakikatnya majikan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk melatih pelajar berkenaan.
Mengakui tekanan kos sara hidup pelajar kini, Barjoyai berkata seorang pelajar memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menampung keperluan mereka, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan serta bergantung kepada lokasi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Muhammad Asree Abdul Aziz, mencadangkan kerajaan memberi subsidi upah latihan industri atau pelepasan cukai khas kepada syarikat terlibat.
Beliau berkata langkah itu akan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak, memandangkan banyak syarikat masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.
"Kami memahami kos sara hidup terus meningkat tanpa dijangka dan pinjaman pendidikan dan biasiswa semakin menipis peluang untuk diperolehi, namun pelajar juga harus memahami apakah tujuan utama latihan industri ini.
"Perlu difikirkan juga kesanggupan pihak industri dalam menerima pelajar ini untuk diberi latihan di syarikat mereka, namun pihak industri juga sewajarnya tidak membebankan kerja-kerja tertentu terhadap pelajar, sehingga memberi kesan kewangan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Prof Barjoyai Bardai berkata penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut. - Gambar fail
PNGV sedia bantuan peralihan kenderaan NGV bagi kumpulan sasar terjejas
Bantuan Peralihan terdiri daripada tiga pakej iaitu bantuan peralihan kepada pemandu teksi NGV yang layak, menanggalkan kit NGV dan bantuan peralihan bagi kenderaan bahan api tunggal NGV. #AWANInews
Lambakan warga asing: Polis pantau rapat Sungai Buloh, Kuala Selangor, Ampang
Polis Selangor memantau rapat kawasan Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Ampang berikutan lambakan warga asing di kawasan itu yang mencetuskan kekhuatiran dalam kalangan penduduk.
Iran akan lancar dua satelit di Russia
Iran mengeluarkan imej pertama dua satelitnya, Kowsar dan Hodhod yang akan dilancarkan di atas roket Soyuz Rusia, minggu depan.
Isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika buat 'live'
Seorang lelaki bertindak menikam isterinya berkali-kali menggunakan sebilah pisau ketika mangsa sedang mengadakan sesi 'live' di facebook dan karaoke bersama keluarganya pada malam Sabtu lalu di Medan, Indonesia.
Lelaki dikenali sebagai Agus Herbin Tambun itu bertindak sedemikian dipercayai kerana cemburu dengan isterinya yang sering menghubungi bekas suaminya.
Lelaki dikenali sebagai Agus Herbin Tambun itu bertindak sedemikian dipercayai kerana cemburu dengan isterinya yang sering menghubungi bekas suaminya.
Tangki NGV ada had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan 15 tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah di antara tahun 1995 sehingga 2014.
Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terlibat pada hari ini telah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti. #AWANInews
Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terlibat pada hari ini telah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti. #AWANInews
"Ilmu pendidikan bukan perniagaan untuk kaut untung" - YB Alor Setar
Yang Berhormat Alor Setar menegaskan bahawa sektor pendidikan bukan perniagaan dan tidak boleh dijadikan tempat untuk mengaut keuntungan sepertimana yang berlaku kepada sektor kesihatan. "Orang yang ada duit, akan dapat ubat yang baik, layanan yang baik. Orang yang tidak ada duit, orang susah, akan pergi ke hospital kerajaan yang tidak ada kemampuan. Maka akan wujud kasta," tambah beliau.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Hang takpa bapak hang bayaq yuran mahal..." - YB Alor Setar
YB Alor Setar kurang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menarik subsidi pendidikan kepada golongan kaya kerana kata beliau sekiranya berlaku, akan wujud jurang antara pelajar di sekolah mahupun IPTA. Beliau menambah, mereka berhak mendapat pendidikan yang selesa tanpa melihat siapa ibubapa dan pendapatan mereka.
Disney tubuh pejabat pemboleh daya teknologi khusus untuk AI, AR
Pejabat ini akan membangunkan teknologi AI dan AR untuk digunakan dalam filem, televisyen, dan taman tema Disney.
Penduduk orang asli Pos Gob mohon bantuan bagi jalan rosak
Penduduk Pos Gob, Gua Musang, Kelantan hadapi kesulitan jalan tanah rosak akibat hujan, menjejaskan aktiviti harian. Rayu pihak berkuasa segera perbaiki laluan kritikal.
NGV tak lagi dibenarkan untuk didaftar, dilesenkan mulai 1 Julai 2025
Kenderaan motor dikuasakan bahan api NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya mulai 1 Julai 2025, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. #AWANInews
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.
Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
GISB: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh - Zambry
KPT akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.
KPT gerakkan 878 sukarelawan misi bantuan pascabanjir
KPT menggerakkan misi bantuan pascabanjir melalui Briged Sukarelawan IPT dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar.
KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
PAC berpendapat KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntuk RM50,000 bagi penganjuran aktiviti berkaitan kesusasteraan di peringkat institusi pengajian tinggi.