awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT lanjut tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN kepada tiga bulan lagi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/01/2021
04:01 MYT
KPT lanjut tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN kepada tiga bulan lagi
Noraini berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
Katanya, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021.
"Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.
"Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik COVID-19.
Peminjam boleh kemukakan pertanyaan lanjut di talian 03-21933000 (Careline PTPTN) yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#tangguh bayar balik PTPTN
#tangguh tiga bulan lagi
#tempoh penangguhan
#bayaran balik pinjaman
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#peminjam yang layak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan