MALAYSIA
KPT nafi anak tempatan dianaktirikan, tegas utamakan pelajar warga tempatan
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Azlinda Azman ketika sidang media khas mengenai (Pengantarabangsaan) di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jumlah pelajar tempatan di peringkat prasiswazah bagi lima universiti penyelidikan utama negara mencatat 91.6 peratus, menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Azlinda Azman.
Ringkasan AI
Ini sekali gus menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah yang mendakwa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) gagal mengutamakan kepentingan pelajar tempatan.
"Untuk rekod di lima Universiti Penyelidikan (RU), jumlah pelajar tempatan adalah 91.6 peratus...manakala pelajar antarabangsa hanya 8.4 peratus sahaja.
"Manakala pelajar di peringkat prasiswazah..fokus utama adalah kepada program ijazah sarjana muda dan subsidi disediakan oleh kerajaan kepada anak-anak tempatan sahaja," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini pada Rabu.
Sebelum ini Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah itu dilaporkan mendakwa bahawa 21 peratus atau 39,000 tempat di lima buah universiti awam diberikan kepada pelajar asing.
Azlinda,menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu mengelirukan masyarakat berhubung dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia.
"Kami juga tertanya-tanya (kenapa beliau keluarkan kenyataan itu) kerana beliau merupakan seorang mantan Naib Canselor dan seharusnya fahamlah bagaimana universiti beroperasi, setakat mana jumlah peratusan pelajar yang melibatkan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.
"Sebenarnya pihak KPT sangat menjaga kepentingan anak-anak tempatan (dan) tak pernah sekali pun kita terfikir untuk menganaktirikan seperti yang dikatakan peribahasa kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, sehingga 31 Disember 2024, jumlah pelajar tempatan di lima RU adalah seramai 180,024 orang dengan perincian seramai 141,636 orang (78.7 peratus).
Manakala 38,388 (21.3 peratus) lagi adalah pelajar asing bagi kedua-dua peringkat pra siswazah dan pasca siswazah.
"Sebenarnya data kedua-dua peringkat pengajian ini tidak boleh digabungkan kerana kedua-dua peringkat pengajian ini mempunyai dasar yang berbeza," katanya.
Ringkasan AI
- Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menegaskan pelajar tempatan mengisi 91.6% tempat prasiswazah di lima universiti penyelidikan utama negara, sekali gus menolak dakwaan ADUN Jitra bahawa pelajar asing diberi keutamaan.
- Jumlah pelajar asing hanya 8.4% di peringkat prasiswazah, manakala peringkat pascasiswazah lebih terbuka kepada pelajar antarabangsa selaras dengan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
- KPT menegaskan dasar kemasukan pelajar adalah berasaskan subsidi dan merit, serta menolak tanggapan bahawa pelajar tempatan dianaktirikan, dengan data menunjukkan keutamaan tetap diberikan kepada anak tempatan.
Ini sekali gus menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah yang mendakwa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) gagal mengutamakan kepentingan pelajar tempatan.
"Untuk rekod di lima Universiti Penyelidikan (RU), jumlah pelajar tempatan adalah 91.6 peratus...manakala pelajar antarabangsa hanya 8.4 peratus sahaja.
"Manakala pelajar di peringkat prasiswazah..fokus utama adalah kepada program ijazah sarjana muda dan subsidi disediakan oleh kerajaan kepada anak-anak tempatan sahaja," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini pada Rabu.
Sebelum ini Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah itu dilaporkan mendakwa bahawa 21 peratus atau 39,000 tempat di lima buah universiti awam diberikan kepada pelajar asing.
Azlinda,menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu mengelirukan masyarakat berhubung dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia.
"Kami juga tertanya-tanya (kenapa beliau keluarkan kenyataan itu) kerana beliau merupakan seorang mantan Naib Canselor dan seharusnya fahamlah bagaimana universiti beroperasi, setakat mana jumlah peratusan pelajar yang melibatkan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.
"Sebenarnya pihak KPT sangat menjaga kepentingan anak-anak tempatan (dan) tak pernah sekali pun kita terfikir untuk menganaktirikan seperti yang dikatakan peribahasa kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, sehingga 31 Disember 2024, jumlah pelajar tempatan di lima RU adalah seramai 180,024 orang dengan perincian seramai 141,636 orang (78.7 peratus).
Manakala 38,388 (21.3 peratus) lagi adalah pelajar asing bagi kedua-dua peringkat pra siswazah dan pasca siswazah.
"Sebenarnya data kedua-dua peringkat pengajian ini tidak boleh digabungkan kerana kedua-dua peringkat pengajian ini mempunyai dasar yang berbeza," katanya.

#pelajar tempatan
#kemasukan ke Universiti Awam
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#peringkat prasiswazah
#terkini