MALAYSIA
KPT pantau aktiviti gerakan militan di IPT - Zambry
Zambry (foto) berkata langkah itu susulan penahanan beberapa individu dalam kalangan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan fahaman tersebut. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi sebarang aktiviti berkaitan gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Daish dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata langkah itu susulan penahanan beberapa individu dalam kalangan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan fahaman tersebut, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), baru-baru ini.
"Kita sentiasa menjalankan pemantauan dengan kerjasama pihak keselamatan, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi memastikan fahaman-fahaman ekstrem seperti ini tidak menular, sama ada dari dalam atau luar negara.
"Kerjasama antara KPT dan agensi keselamatan sentiasa berada pada tahap yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa Tahun 2025, di sini, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sebahagian daripada individu yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam rangkaian militan melibatkan warga Bangladesh seperti yang didedahkan baru-baru ini.
Beliau berkata hasil siasatan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan yang menyebarkan fahaman ekstrem berasaskan ideologi Daish ke Malaysia hanya melibatkan warga Bangladesh.
Saifuddin Nasution juga dilaporkan berkata penahanan 36 warga Bangladesh itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di Selangor dan Johor, bermula 24 April lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi aktiviti berkaitan fahaman ekstremis Daish dalam kalangan pelajar IPT dengan kerjasama PDRM.
- Tindakan ini susulan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan ideologi Daish, namun tiada rakyat Malaysia direkrut dalam rangkaian tersebut.
- Operasi keselamatan dilakukan dalam tiga fasa di Selangor dan Johor, dan sebahagian individu telah dihantar pulang ke negara asal.