MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
ZAMBRY: Walaupun mereka tidak berdaftar dengan KPT, namun sebagai rakyat Malaysia kita perlu prihatin tentang keberadaan mereka.
LANGKAWI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk memantau keadaan pelajar Malaysia yang berada di Iran.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu akan dipergiat meskipun ada segelintir mereka yang tidak berdaftar dengan KPT.
“Setakat ini apa yang saya dapat ketika berada di Iran beberapa minggu lalu, pelajar Malaysia kira-kira ada tujuh orang.
“Walaupun mereka tidak berdaftar dengan KPT, namun sebagai rakyat Malaysia kita perlu prihatin tentang keberadaan mereka,” katanya pada sidang media selepas Sesi Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN di Langkawi hari ini.
Sebelum ini, KLN mengeluarkan arahan segera agar semua rakyat Malaysia di Iran meninggalkan negara tersebut susulan situasi keselamatan yang meruncing ekoran tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu.
#pelajar malaysia
#Iran
#keselamatan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Zambry Abd Kadir
#Kementerian Luar