PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mempunyai pelan pembangunan bakat dan pembinaan kapasiti yang baik untuk meningkatkan kecekapan, kemahiran, tahap profesionalisme dan kecemerlangan kakitangannya.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendedahan terhadap ilmu dan perkembangan baharu seharusnya dijadikan budaya di kementerian tersebut.
"Dalam dunia yang pantas berubah, apa kita tahu semalam dan hari ini akan menjadi tidak relevan atau ketinggalan dalam sekelip mata. Laporan Forum Ekonomi Dunia bulan lepas menyebut dalam tempoh lima tahun akan datang, kira-kira 41 peratus daripada tenaga kerja yang ada di dalam industri mesti dilatih semua.
"Walaupun laporan tersebut menyebut secara khusus pekerja industri, saya percaya bahawa keperluan tersebut turut terpakai kepada kakitangan kementerian dan sektor awam," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPT Tahun 2022 di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata perkembangan sektor pendidikan tinggi dan sistem penyampaian secara umumnya telah menuntut agar warga KPT menjadi kakitangan yang cakna dan berkebolehan.
Justeru, beliau menyarankan agar pengurusan kementerian memandang serius keperluan untuk sentiasa memberikan latihan terbaik kepada warga KPT.
"Dan latihan atau pembangunan kapasiti ini tidak semestinya dilakukan dengan agensi kerajaan, tetapi dengan mana-mana sahaja agensi berprestasi tinggi sama ada badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat ataupun gerakan sivil sama ada dari dalam atau luar negara," katanya.
Pada majlis itu seramai 120 orang kakitangan KPT diraikan terdiri daripada sembilan orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 108 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tiga penerima Anugerah Kecemerlangan Perdana yang pertama kali diperkenalkan.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucapan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2022 di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dibentang
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa penasihat PPPTM 2025-2035 yang berlangsung di ibu negara semalam.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).
TVET tinggi dikendali KPT, TVET asas dikendali agensi bawah KESUMA - Zambry
Bagi mengukuhkan lagi usaha pemerkasaan TVET Ahmad Zahid telah mengarahkan agar TVET aras tinggi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.