MALAYSIA
KPT rancang wujudkan asrama di kolej komuniti di Sabah - Zambry
Zambry ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Selasa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mencari kaedah untuk menyediakan asrama kepada pelajar kolej komuniti di Sabah.
Ringkasan AI
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, langkah ini dibuat kerana mengambil kira realiti sebahagian pelajar yang terpaksa berjalan jauh untuk menghadiri sesi pembelajaran.
"Kolej komuniti ketika mula ditubuhkan tidak menyediakan asrama kerana ia memberikan khidmat pendidikan kemahiran dan pengajian sepanjang hayat kepada orang dewasa yang ingin sambung belajar; kulinari, jahitan dan sebagainya.
“Pada masa yang sama, di kolej komuniti juga ada program pensijilan sepanjang dua tahun. Jadi, di mana mereka tinggal? Mereka datang dari pelbagai daerah untuk belajar. Melihat keadaan di Sabah, ada antara mereka yang terpaksa berjalan jauh.
“Oleh itu, saya kata sewajarnya kita fikirkan cara untuk wujudkan asrama. Polisi yang kita ada sekarang ini kita perlu tukar. Tidak boleh satu polisi digunakan untuk semua. Dalam konteks Sabah sebagai contoh, kita perlu tubuhkan asrama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Selain daripada penambahbaikan infrastruktur kolej komuniti, Zambry turut menekankan tindakan KPT untuk memastikan fasiliti dan kemudahan pembelajaran yang baik untuk semua pelajar di politeknik.
Untuk konteks, di seluruh negara terdapat 102 kolej komuniti dengan sembilan daripadanya terletak di Sabah. Manakala, tiga politeknik berada di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau daripada keseluruhan 36 politeknik di seluruh negara.
[LANGSUNG] #AgendaAWANI | IPT Perhebat Bakat-Bakat Sabah | 18 Nov 2025
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mencari kaedah menyediakan asrama kepada pelajar kolej komuniti di Sabah kerana beberapa pelajar terpaksa berjalan jauh untuk sesi pembelajaran.
- Zambry Abd Kadir menyatakan bahawa asrama perlu disediakan kerana sebahagian pelajar kolej komuniti datang dari pelbagai daerah untuk menjalani pengajian.
- Selain itu, KPT juga menitikberatkan penambahbaikan infrastruktur kolej komuniti dan memastikan fasiliti pembelajaran yang baik untuk pelajar politeknik di Sabah.