awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM

Bernama
Bernama
12/12/2023
12:48 MYT
KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan semula ketiga-tiga Naib Canselor itu bagi membolehkan kesinambungan pelaksanaan pelan strategik yang telah dibangunkan dalam memacu pembangunan akademik serta penyelidikan di peringkat universiti masing-masing.
Menurut kenyataan itu, pelantikan semula Prof Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed sebagai Naib Canselor USM adalah untuk tempoh dua tahun mulai 14 Jan 2024 hingga 13 Jan 2026.
Sementara itu, Prof Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman, 54, dilantik semula sebagai Naib Canselor UKM bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 2 Jan 2024 hingga 1 Jan 2025.
Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, 57, pula dilantik semula sebagai Naib Canselor UTM bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa pada 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2024.
"KPT yakin dengan ketokohan serta kewibawaan akademik ketiga-tiga Naib Canselor ini mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk memacu kecemerlangan universiti masing-masing sebagai antara universiti penyelidikan utama negara," menurut kenyataan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#pelantikan semula
#naib canselor universiti awam
#USM
#UKM
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan