awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Hawari

Bernama
Bernama
29/05/2023
09:02 MYT
KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Hawari
Aiman Athirah (foto) berkata keluarga Muhammad Hawari khususnya isteri, Saffiyah Tang serta anak-anak Hana Sakeena, 4, dan Haris Suffian, 2, sangat memerlukan sesi kaunseling kerana sedang melalui saat yang sangat mendukakan. -Gambar fail
KEPALA BATAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengatur sesi kaunseling untuk keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, yang hilang di kawasan pergunungan itu.
Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata keluarga Muhammad Hawari khususnya isteri, Saffiyah Tang, 34, serta anak-anak Hana Sakeena, 4, dan Haris Suffian, 2, sangat memerlukan sesi kaunseling berkenaan kerana sedang melalui saat yang sangat mendukakan.
"Perbincangan di peringkat kementerian, kita akan membantu dari sudut kaunseling di mana kita akan aturkan sesi bersama pakar kaunseling.
"Kita akan beri perhatian kepada isu ini. Keluarga beliau sedang melalui saat yang mendukakan apabila mereka kehilangan insan yang sangat penting, justeru kita perlu beri sistem sokongan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahteraan Wanita: Kanser Wanita dan Gaya Hidup di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak berkata misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari dijangka akan diteruskan bermula esok, bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam di Nepal.
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ke-10 apabila beliau dilaporkan hilang selepas meninggalkan Kem Empat pada 19 Mei lalu.
Pada 18 Mei (Khamis) lepas, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada pukul 3.30 petang waktu Nepal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Aiman Athirah Sabu
#sesi kaunseling
#Muhammad Hawari Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan