MALAYSIA
KPWKM minta Kementerian Digital tubuh pasukan pakar AI dan NI, perkukuh advokasi kanak-kanak
Nancy ditemui pemberita selepas menghadiri Program Citra Akademik untuk Komuniti dan Alam Fakulti Farmasi, Universiti Malaya di Kampung Salak, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta Kementerian Digital menubuhkan pasukan pakar kecerdasan buatan (AI) dan Kecerdasan Semula Jadi (NI) bagi memperkukuh program advokasi kanak-kanak.
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, berkata permintaan itu disampaikan kepada Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam mesyuarat Kabinet semalam berikutan keperluan mendesak untuk memberikan pendedahan jelas kepada pelajar mengenai perbezaan antara teknologi AI dan kemampuan NI manusia.
"Kami ada program advokasi kanak-kanak di sekolah, tetapi masih kekurangan topik mengenai AI dan NI. Ramai kanak-kanak terlibat dalam permainan dalam talian dan banyak terpengaruh dengan elemen AI dalam game.
"Kita mahu mereka faham bahawa AI itu buatan dan mereka adalah cerdas secara semula jadi. Jadi kita perlukan pasukan pakar dalam negara yang boleh membantu dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Citra Akademik Untuk Komuniti dan Alam (CAKnA) di Kampung Salak, Santubong, hari ini.
Nancy berkata KPWKM melaksanakan program advokasi di sekurang-kurangnya 300 sekolah setiap tahun, namun jumlah itu sering melepasi sasaran berikutan peluasan program ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK).
"Walaupun sasaran ialah 300 sekolah setahun, kita sering melepasi angka itu kerana program turut diperluas ke PAKK dan komuniti setempat. Sehingga 3 Okt lalu, sebanyak 327 sekolah telah terlibat," katanya.
Beliau berkata kerjasama Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta rangkaian komuniti setempat juga penting dalam memastikan keberkesanan advokasi.
Mengulas Kempen #ThinkTwice Parental Advisory oleh TikTok, Nancy berkata KPWKM menyokong inisiatif yang dapat memperkukuh kesejahteraan digital keluarga.
Kempen yang dilancarkan semalam itu membantu ibu bapa memantau keselamatan digital remaja melalui kerjasama TikTok, Content Forum dan MCMC, sebagai sebahagian daripada kempen literasi digital #ThinkTwice.
Beliau menambah bahawa KPWKM turut meminta PDRM melalui Bahagian D11 memperkukuh penyampaian berhubung kesalahan rogol statutori bagi memastikan kanak-kanak memahami implikasi
Dalam isu berasingan beliau berkata KPWKM akan terus memantau keluarga adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin selepas mahkamah menyerahkan semula kanak-kanak itu kepada bapanya, Zaim Ikhwan Zahari.
Beliau berkata pemantauan itu penting bagi memastikan 14 syarat ketat ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipatuhi, termasuk tidak meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan, melindunginya daripada pengabaian atau penderaan serta memastikan pendidikan dan terapi sesuai.
"Pemantauan dilakukan melalui lawatan rumah JKM. Kanak-kanak itu juga dilarang dipaparkan di media sosial, dan keluarga wajib memaklumkan perubahan alamat. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan JKM mengambil semula kanak-kanak tersebut, dengan tindakan lanjut perlu dirujuk ke mahkamah," katanya.
Nancy berkata tiada tempoh pemantauan ditetapkan kerana aspek kebajikan perlu dipantau berterusan.
Semalam, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan kanak-kanak itu kembali ke pangkuan bapanya selepas 18 bulan di bawah jagaan nenek saudara dan JKM, tertakluk kepada syarat ditetapkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPWKM meminta Kementerian Digital tubuh pasukan pakar kecerdasan buatan untuk memperkukuh program advokasi kanak-kanak, beri pendedahan jelas perbezaan antara teknologi AI dan kemampuan NI manusia.
- Program advokasi kanak-kanak diperluas melebihi sasaran 300 sekolah setahun ke PAKK dan komuniti setempat, melibatkan kerjasama Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia, MCMC, dan rangkaian komuniti.
- KPWKM menyokong Kempen #ThinkTwice Parental Advisory oleh TikTok untuk jamin keselamatan digital remaja, dan memantau keluarga adik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin bagi pastikan pematuhan 14 syarat ketat oleh bapanya.