awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM sentiasa terbuka, sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa buli

Bernama
Bernama
15/12/2021
13:05 MYT
KPWKM sentiasa terbuka, sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa buli
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap pada Program MyKasih Kapital hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka dan bersedia membantu sekiranya keluarga mangsa buli memerlukan khidmat bimbingan atau kaunseling dari segi psikososial dan sebagainya.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan mana-mana kementerian berkaitan dalam menangani isu buli, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
"Kita sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja termasuk keluarga mangsa buli untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada kementerian ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran MyKasih Kapital kepada 4,500 usahawan wanita Kelantan, di sini hari ini.
Beliau berkata isu buli ini perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat dan kesedaran mengenainya dalam kalangan orang ramai perlu ditingkatkan, dari pelbagai aspek agar ia tidak menjadi satu tradisi.
Sementara itu mengulas lanjut mengenai bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Rina berkata KPWKM akan meneruskan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuklah ahli-ahli parlimen bagi menyampaikan mesej yang jelas mengenai pembaharuan struktur, melalui penggubalan rang undang-undang itu.
"KPWKM juga telah menubuhkan pasukan projek khas yang terdiri daripada agensi kerajaan, ahli akademik, dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkenaan isu-isu berkaitan dengan gangguan seksual.
"Di samping itu, kami turut mengadakan sesi konsultasi dengan pihak berkepentingan lain antaranya Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, wakil-wakil pimpinan pelajar institusi pengajian tinggi dan juga beberapa kementerian serta jabatan kerajaan, bagi membantu proses memuktamadkan rang undang-undang ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Rina Harun
#khidmat kaunseling
#mangsa buli
#psikososial
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan