MALAYSIA
Kraftangan Batu Lunguyan, Sook menang Pentas Niaga Jiwa SME Sabah 2025
Menurut Renny, kemenangan itu bukan sahaja sebagai satu pengiktirafan, malah membuka ruang baharu kepada komuniti penggiat kraf tradisional di Batu Lunguyan, Sook, Sabah.
KOTA KINABALU: Pentas Niaga Jiwa SME Sabah 2025 terus menjadi platform penting mengangkat usahawan kecil dan sederhana di negeri ini.
Tahun ini, pengiktirafan berprestij tersebut dimenangi Komuniti Kraftangan Batu Lunguyan, Sook yang diketuai pesara penjawat awam, Renny Jeneble, 46.
Menurut Renny, kemenangan itu bukan sahaja sebagai satu pengiktirafan, malah membuka ruang baharu kepada komuniti penggiat kraf tradisional di daerah berkenaan.
"Kami berpeluang memperkenalkan produk kepada khalayak lebih luas, selain berjumpa pakar industri dan menerima bimbingan dari segi penjenamaan, pemasaran dan hala tuju perniagaan.
"Ia memberi semangat baharu kepada komuniti pembuat kraf untuk lebih yakin dengan nilai kerja tangan mereka," katanya.
Ditubuhkan sejak 2019 di bawah Koperasi Kraf Batu Lunguyan Sook Berhad, komuniti ini menghasilkan produk berasaskan hasil rimba seperti buluh, rotan dan salingkawang.
Antara produk utama ialah bakul tradisional, perhiasan rumah dan cenderamata yang mengekalkan identiti budaya tempatan.
Kata Renny, koperasi itu turut komited membangunkan peluang ekonomi berterusan kepada wanita dan belia melalui kraf tradisional.
Kejayaan ini, ujarnya, hasil daripada penyertaan aktif dalam festival, pameran serta program sejak awal penubuhan, selain jalinan kerjasama bersama agensi kerajaan termasuk Kraftangan Malaysia, KUSKOP dan SME Corp.
“Kami juga tidak mampu sampai ke tahap ini tanpa sokongan erat komuniti pembuat kraf di seluruh Sabah,” tambahnya.
Kemenangan di Pentas Niaga Jiwa SME Sabah 2025 sekali gus membuka peluang lebih luas untuk produk kraf Batu Lunguyan menembusi pasaran yang lebih besar, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.