Kren tumbang hampir hempap pengguna LDP, penduduk

Astro Awani
Disember 8, 2017 09:43 MYT
Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan penduduk taman perumahan berhampiran pagi ini dikejutkan dengan insiden kren tumbang. -Astro AWANI
Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan penduduk taman perumahan berhampiran pagi ini dikejutkan dengan insiden kren tumbang.
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan SS/20, di sini, kira kira jam 11.30 pagi tadi itu, sebuah kren yang sedang mengangkat papan tanda iklan tiba-tiba tumbang dan hampir menghempap beberapa rumah dan kenderaan.
Nasib menyebelahi pengguna lebuh raya dan penduduk taman perumahan di situ kerana kren tersebut tumbang ke arah kawasan yang tidak berpenghuni.
Namun beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan kecil akibat kesan serpihan kren serta papan tanda iklan yang tumbang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian.
Sepasukan anggota polis turut berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas yang sesak selepas pengguna memperlahankan kenderaan.
#kren tumbang #LDP #Lebuhraya Damansara Puchong #papan tanda iklan #Petaling Jaya #taman perumahan