awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRI Tawau anjur PICK untuk beri peluang warga Indonesia terima suntikan vaksin

Petrus Bernard
Petrus Bernard
29/09/2021
10:09 MYT
KRI Tawau anjur PICK untuk beri peluang warga Indonesia terima suntikan vaksin
KRI Tawau menganggarkan lebih 200 orang warga Indonesia yang menetap di daerah ini akan hadir untuk menerima suntikan vaksin itu nanti. - Astro AWANI
TAWAU: Konsul Republik Indonesia (KRI) Tawau dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau akan menganjurkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Jumaat depan di pekarangan pejabat KRI bagi memberi peluang warga Indonesia yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Perwakilan KRI Tawau, Heni Hamidah berkata, program pemberian vaksin itu adalah inisiatif pihaknya bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.
“Kami sudah membuat perbincangan bersama Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Arnold Joibi dan Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G. Navindran di pejabat KRI baru-baru ini.
“Semua pihak bersetuju untuk menjalankan program vaksinasi di pejabat KRI Tawau bagi warga Indonesia yang belum mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Katanya, KRI Tawau menganggarkan lebih 200 orang warga Indonesia yang menetap di daerah itu akan hadir untuk menerima suntikan vaksin.
“Saya memohon semua warga Indonesia yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya dapat hadir pada Jumaat nanti.
Tambahnya, semua warga Indonesia yang hadir dalam program vaksinasi itu juga diharap dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Saya berharap program vaksinasi yang dijalankan di pejabat KRI Tawau itu nanti dapat membantu daerah Tawau mencapai imuniti kelompok dengan cepat,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Tawau
#kadar vaksinasi di Sabah
#PICK di Sabah
#Konsul Republik Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan