awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis air: Pemilik premis disyaki cemar Sungai Gong direman 6 hari

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2020
03:39 MYT
Krisis air: Pemilik premis disyaki cemar Sungai Gong direman 6 hari
Empat lelaki pemilik premis yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di Kawasan Perindustrian Sungai Gong, Rawang, direman selama enam hari bermula hari ini. -Gambar hiasan
Empat lelaki pemilik premis yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di Kawasan Perindustrian Sungai Gong, Rawang, direman selama enam hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamed Redza ke atas semua suspek yang berusia 50 hingga 60 tahun itu.
Kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9.45 pagi selepas ditahan sekitar jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan selanjutnya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilapor berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu, sudah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.
Jelasnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.
Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kawasan Perindustrian Sungai Gong
#krisis air
#Mahkamah Sesyen
#pemilik premis
#pencemaran air
#pencemaran bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan