Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim

Astro Awani
September 6, 2020 13:45 MYT
Khalid berkata, sekiranya mahu isu tersebut diselesaikan, kerajaan negeri perlu lebih mengutamakan rakyat. - Foto BERNAMA
"Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi mahupun pengilang haram di pinggiran sungai,” pesan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesanan itu disuarakan menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau yang menyentuh isu air di negeri berkenaan yang kerap dibincangkan beberapa hari ini.
Dalam ciapan itu, beliau turut menyatakan sekiranya mahu isu tersebut diselesaikan, kerajaan negeri perlu ada ‘political will’ dan lebih mengutamakan rakyat.
"Jika ikhlas mahu pertingkatkan servis dan industri air, perlu ada political will,” ciap beliau.

Jika ikhlas mahu pertingkatkan servis & industri air, perlu ada political will. Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi mahupun pengilang haram di pinggiran sungai...https://t.co/zyDbn6myoF

— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ciapan itu, Khalid turut berkongsi ciapan bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin berhubung pewartaan sungai dan tebing di Selangor.
“Pada Jun 2009, kerajaan Selangor telah mewartakan sungai dan tebing-tebing bagi menyekat sebarang pembangunan demi menjaga keselamatan punca air di negeri ini.
“Usaha tersebut sebagai langkah awal mengusir kilang-kilang haram di tebing-tebing sungai. Mengapa tidak diteruskan,” tulis Faekah dalam Twitternya.

Pada Jun 2009 kerajaan Selangor pimpinan TS @Khalid_Ibrahim telah mewartakan sungai dan tebing2 bagi menyekat sebarang pembangunan demi menjaga keselamatan punca air di negeri ini. Usaha tsbt sbg langkah awal mengusir kilang2 haram di tebing2 sungai. Mengapa tidak diteruskan? pic.twitter.com/Nl6h2ONYWB

— Faekah Husin (@faekah_qkn5) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI pada Ahad melaporkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) komited merangka beberapa langkah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rancangan itu akan dilaksanakan merangkumi penyitaan premis yang disyaki menyebabkan punca insiden pencemaran air, arahan pengosongan premis serta-merta dan pemindaan undang-undang yang bakal membawa hukuman lebih keras.

PERKEMBANGAN SEMASA GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL Setelah selesai mempengerusikan mesyuarat pelaporan penuh situasi semasa isu pencemaran air semalam, @air_selangor menjangkakan 50% akaun di seluruh negeri akan pulih kembali. Alhamdulillah. [THREAD] pic.twitter.com/PiwPJdsLN3

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tegasnya, tindakan serta-merta juga telah diambil iaitu penyitaan kilang yang disyaki tersebut dan tangkapan telah dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pemilik-pemilik kilang tersebut.
Beliau turut menyatakan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menjangkakan 50 peratus akaun di negeri itu akan kembali pulih menjelang tengah malam Ahad.
#Abdul Khalid Ibrahim #air #Amirudin Shari #Astro #Astro Awani #haram #kerajaan #keselamatan #Khalid Ibrahim #Malaysia #menteri #Menteri Besar #PDRM #polis #Polis Diraja Malaysia #rakyat #Twitter #undang-undang