MALAYSIA
Krisis iklim ancam tanaman tropika, namun buka peluang baharu dalam ekonomi karbon
Fadillah berkata tanaman tropika negara seperti padi, kelapa sawit, getah, buluh dan hutan bukan sahaja penting kepada ekonomi, malah berpotensi besar sebagai pemacu baharu melalui pasaran karbon. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sektor tanaman tropika negara kini berdepan ancaman serius akibat krisis iklim, termasuk cuaca yang tidak menentu dan kemerosotan kualiti tanah.
Ringkasan AI
Namun di sebalik cabaran ini, Malaysia berpeluang menerajui pembangunan ekonomi karbon tropika, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut beliau, tanaman tropika negara seperti padi, kelapa sawit, getah, buluh dan hutan bukan sahaja penting kepada ekonomi, malah berpotensi besar sebagai pemacu baharu melalui pasaran karbon.
“Tanaman kita adalah ‘living carbon sinks’ yang mampu menyerap emisi karbon, memulihkan tanah dan menghidupkan semula ekosistem,” katanya ketika merasmikan Forum Kredit Karbon Tanaman Tropika (TCCCF) 2025 di sini, Isnin.
Forum tersebut menghimpunkan penggubal dasar, saintis dan pemimpin industri bagi meneroka mekanisme pasaran karbon, teknologi pertanian mampan serta kaedah penyerapan karbon yang dapat meningkatkan daya tahan sektor makanan dan komoditi negara.
Fadillah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan pentingnya memastikan manfaat ekonomi karbon diagihkan secara adil kepada pekebun kecil, komuniti luar bandar dan pemain industri utama.
“Pasaran karbon ini mesti mengangkat martabat petani, memperkasa komuniti dan menjamin penyelesaian berasaskan alam yang menyeluruh.
"Kita bukan sekadar berbicara tentang karbon atau pasaran, tetapi melaksanakan amanah, menjaga tanah, menyantuni petani dan melindungi masa depan alam sekitar,” ujarnya merujuk tema forum, ‘Sequestering Carbon, Securing Livelihoods’.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan kini giat memperkukuh dasar dan tadbir urus melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK), selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris dan sasaran mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
“Kita memerlukan tadbir urus yang berasaskan tujuan, dipimpin dengan keyakinan dan disokong oleh data serta sains. Malaysia mesti bergerak sebagai satu ekosistem yang bersatu dan berdaya tahan,” tambahnya.
Forum TCCCF 2025 turut menampilkan sesi latihan, perbincangan panel dan pembentangan mengenai penyerapan karbon dalam sektor pertanian dan hutan, termasuk platform dagangan karbon antarabangsa yang membuka peluang kewangan baharu kepada peserta.
Ringkasan AI
- Sektor tanaman tropika Malaysia menghadapi ancaman serius akibat krisis iklim seperti cuaca tidak menentu dan kemerosotan kualiti tanah.
- Malaysia berpotensi menjadi pemimpin dalam ekonomi karbon tropika dengan tanaman seperti padi, kelapa sawit, getah, buluh, dan hutan berperanan penting sebagai penyerap emisi karbon.
- Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kepentingan memastikan manfaat ekonomi karbon disebarkan secara adil serta kerajaan sedang mengukuhkan dasar melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.