awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Lahad Datu tidak jejas pelancongan Sabah

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
05/03/2013
06:40 MYT
Krisis Lahad Datu tidak jejas pelancongan Sabah
Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen menegaskan krisis di Lahad Datu dan Semporna tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di Sabah.
Menurutnya, Kementerian Pelancongan akan sentiasa membantu dalam mendapatkan perkembangan terkini demi keselamatan pelancong.
"Lembaga Pelancongan Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa aktiviti perniagaan dan pelancongan di Sabah seperti biasa."
"Sabah besar, kita ada Kota Kinabalu dan pulau-pulau yang boleh dilawati seperti Pulau Sipadan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis Persidangan Blogger Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITBCA 2013).
Selain kawalan keselamatan yang kukuh di setiap destinasi pelancongan, Yen Yen juga yakin keselamatan pelancong terjamin.
Beliau turut menafikan adanya persepsi negatif terhadap krisis di Sabah yang kononnya memberi kesan kepada pelancongan Negeri Di Bawah Bayu itu.
9 Februari lalu, kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis dan telah menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
Beberapa kedutaan asing di Kuala Lumpur bagaimanapun mengeluarkan amaran perjalanan menasihati rakyat masing-masing untuk tidak berkunjung ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.
Ia meliputi kawasan sekitar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Kawasan ini popular di kalangan pelancong khususnya Semporna yang jadi perhentian akhir sebelum ke Pulau Sipadan.
Antara kedutaan yang mengeluarkan nasihat perjalanan itu termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Kanada.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#operasi sulu
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan