KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengikuti secara dekat perkembangan di Sudan bersama agensi kerajaan yang lain termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi lain bagi memastikan rakyat Malaysia di Sudan adalah terjamin selamat.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memaklumkan sehingga kini jumlah rakyat Malaysia yang dikenal pasti berada di Sudan adalah sebanyak 29 orang.
“Kesemuamereka dilaporkan selamat dan maklumat mereka adalah seperti berikut: 11 pelajar; tiga Home Based Staff dan lapan ahli keluarga; satu orang yang bekerja dengan Petronas; satu orang yang bekerja dengan UNICEF; satu orang yang bekerja dengan PBB; dua orang yang bekerja PBB di Wilayah Abyei; satu orang yang bekerja di World Vision; dan satu orang yang bekerja di Hotel Lian Tian International.
“Mesyuarat Antara Agensi telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Datuk Norman Muhamad, pada Ahad, 16 April 2023, jam 9.30 pagi di Bilik Operasi Wisma Putra.
“Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat terkini situasi semasa di Sudan serta berbincang mengenai cadangan yang sesuai bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan terjamin semasa konflik ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, Bilik Operasi 24 jam juga telah dilancarkan di Wisma Putra bagi memantau keadaan semasa kejadian di Sudan termasuk komunikasi berkumpulan melalui WhatsApp turut dilakukan.
“Kepada rakyat Malaysia yang berada di sana, dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara waktu.
“Mereka boleh berhubung terus dengan Pihak Malawakil Malaysia di Sudan dan sebarang makluman atau tindakan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Apr 17 2023
Bilik Operasi 24 jam juga telah dilancarkan di Wisma Putra bagi memantau keadaan semasa kejadian di Sudan. - Foto fail/BERNAMA
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB
Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan.