awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/12/2024
11:14 MYT
Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 barangan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), sempena sambutan Krismas tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
Barang-barang tersebut ialah ayam tua hidup (di Sarawak sahaja), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import China dan babi hidup (peringkat ladang sahaja).
Manakala penguatkuasaan kawalan harga maksimum bagi kepak ayam, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak adalah untuk bekalan di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja.
"Skim Harga Maksimum musim perayaan ini juga salah satu strategi untuk kita meringankan beban masyarakat kita, khususnya yang menyambut Krismas.
"Dengan adanya skim ini dan Jualan Rahmah Krismas yang jumlahnya bertambah, kita berharap dapat membuat sentuhan kasih, khususnya kepada mereka yang beragama Kristian," katanya.
Jelasnya, senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan telah ditentukan berdasarkan indikator seperti ketersediaan penawaran, kos semasa, cuaca, kadar upah dan faktor-faktor lain.
Tambah beliau, pihaknya turut mengambil kira pandangan rakan strategik, iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan dan pemain industri berkaitan.
Bagi memastikan pematuhan, pegawai penguatkuasa KPDN di seluruh negara akan ditempatkan di beberapa lokasi utama, termasuk pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah, untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 dan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Krismas, pada Jumaat.
Bagi PJRM Krismas tahun ini, sebanyak 670 PJRM dilaksanakan di seluruh negara.
Armizan berkata, setakat 19 Disember, sebanyak 11,240 PJRM telah dijalankan di seluruh negara tahun ini, dengan sasaran 15,000 acara pada tahun depan.
“Kami melihat PJRM sebagai mekanisme berkesan untuk membantu meringankan beban kewangan orang ramai.
"Dengan peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2025, inisiatif itu akan terus dilaksanakan di semua kawasan Parlimen dan DUN,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#skim harga maksimum
#harga barang
#Armizan Mohd Ali
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan