awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krismas di Sabah: Hadkan jemputan, elak hadiri majlis yang ramai - Masidi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
16/12/2020
12:09 MYT
Krismas di Sabah: Hadkan jemputan, elak hadiri majlis yang ramai - Masidi
MASIDI: Jawapan saya adalah, negeri ini masih merekodkan bilangan kes jangkitan COVID-19 setiap hari dan virus itu masih ada. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Orang ramai khususnya mereka yang meraikan sambutan Hari Krismas disaran elak dari menghadiri acara keraian yang disertai ramai individu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Hari Krismas yang bakal disambut minggu hadapan perlu dirai dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
"Kalangan rakan-rakan saya yang beragama Kristian ada menyuarakan kebimbangan wujud kluster baharu susulan penganjuran sambutan Hari Natal (Krismas) minggu hadapan dan mahu tahu apakah langkah dan nasihat dari kerajaan.
"Jawapan saya adalah, negeri ini masih merekodkan bilangan kes jangkitan COVID-19 setiap hari dan virus itu masih ada.
"Jadi saya nasihatkan agar orang ramai mengelakkan diri dari menghadiri sebarang keraian kerana mungkin disebabkan 'social gathering' selama 15 minit, kita terpaksa menanggung kesusahan dikuarantin hampir 15 hari.
"Setiap keluarga perlu mengambil kira siapa yang mereka jemput bagi mengelak penularan wabak dan mungkin hanya membenarkan kepada ahli keluarga sahaja," katanya menerusi sidang media maya Laporan Harian COVID-19 Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada Rabu.
Pada Rabu jumlah kes positif baharu COVID-19 adalah sebanyak 268 kes dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,639 kes.
Lima kes kematian dicatatkan iaitu tiga kes di daerah Tawau dan dua kes di daerah Lahad Datu.
Daripada 268 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 108 kes adalah berpunca dari saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada,106 kes dari saringan kontak rapat di 14 daerah, saringan bergejala (28 kes), saringan komuniti (4 kes) dan 22 kes adalah dari lain-lain kategori.
Satu kluster baharu turut dilaporkan di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Bukit Punai mencatatkan lima (5) kes hari ini menjadikan kumulatif tujuh kes.
Topic Berkaitan
#Krismas
#Sabah
#Masidi Manjun
#SOP
#prosedur operasi standard
#Hari Natal
#Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
#COVID-19
#Kristian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan