MALAYSIA
Krismas jadi wadah perkukuh perpaduan, keharmonian rakyat Sabah - Hajiji
Musa ketika melakukan gimik perasmian sambutan Krismas peringkat negeri di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam tadi. Turut kelihatan, Joachim (tiga, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun (kanan). --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Sambutan Krismas Sabah 2025 bukan sekadar acara keagamaan, sebaliknya menjadi wadah penting dalam menyatukan rakyat negeri ini berlandaskan semangat muhibah, saling menghormati dan kebersamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Beliau berkata sambutan peringkat negeri itu mencerminkan kematangan sosial serta keharmonian masyarakat Sabah yang berbilang agama, budaya dan latar belakang, sekali gus membuktikan kepelbagaian bukan penghalang, malah kekuatan yang menyatukan rakyat sebagai satu keluarga besar..
Menurut beliau, tema sambutan tahun ini, Pengharapan Damai dalam Kasih (Hope for Peace in Love), amat bertepatan kerana mengajak seluruh rakyat kembali menghayati nilai asas kemanusiaan seperti kedamaian, kasih sayang, harapan serta tanggungjawab bersama.
"Kasih sayang adalah asas kepada semua bentuk perhubungan sama ada dalam institusi keluarga, komuniti, masyarakat mahupun hubungan dengan alam sekitar. Inilah falsafah yang ingin disemai sepanjang penganjuran Sambutan Krismas Sabah 2025," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Perasmian Sambutan Krismas Sabah 2025 di Padang Merdeka, di sini, malam tadi.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), sambutan berkenaan turut menjadi platform memperkukuh nilai perpaduan sosial dan kesejahteraan rakyat.
Katanya pembangunan yang dihasratkan kerajaan negeri bukan hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, sebaliknya turut merangkumi keharmonian hubungan sesama insan, kekuatan institusi kekeluargaan, keprihatinan sosial serta rasa tanggungjawab terhadap ciptaan Tuhan.
"Saya berbesar hati kerana pelbagai program dan aktiviti dianjurkan sepanjang sambutan ini dengan penekanan kepada aspek keluarga, komuniti dan sosial yang saling melengkapi dalam membentuk masyarakat yang seimbang serta berdaya tahan.
"Sambutan ini juga mengingatkan kita bahawa keluarga adalah titik awal kasih sayang dan harapan, manakala dalam komuniti, semangat muafakat dan kerjasama menjadi kunci kepada kehidupan bermasyarakat yang harmoni," katanya.
Hajiji percaya sambutan seumpama ini mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama, sekali gus menampilkan wajah sebenar negeri ini yang kaya dengan kepelbagaian tetapi kekal bersatu dalam nilai kemanusiaan.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya pada 25 Disember setiap tahun.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sambutan Krismas Sabah 2025 menonjolkan semangat muhibah, saling menghormati, dan kebersamaan sebagai wadah penting untuk menyatukan rakyat negeri berbilang agama dan budaya.
- Tema sambutan tahun ini, "Pengharapan Damai dalam Kasih", mengajak rakyat menghayati nilai kemanusiaan seperti kedamaian, kasih sayang, harapan, dan tanggungjawab bersama.
- Sambutan tersebut diharapkan mampu memperkukuh nilai perpaduan sosial, kesejahteraan rakyat, dan menunjukkan kesatuan Sabah dalam kepelbagaian, serta mengiktiraf keluarga sebagai titik asas kasih sayang dan harapan.