Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata seperti perayaan-perayaan lain, Krismas juga menjadi wadah penyatuan rakyat di negara ini.
Ini kerana amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi akan mengeratkan lagi perpaduan, menjalin persefahaman serta mengukuhkan silaturahim, katanya.
Beliau berkata dalam konteks di negeri Sabah yang berbilang kaum dan agama, Krismas lebih dirasakan signifikannya dan harus diteladani.
"Benih penghormatan yang ditanam sejak awal dahulu begitu subur. Perbezaan agama tidak menjadi batas penghalang untuk saling berkunjung, duduk dan makan semeja, dalam suasana penuh muhibah.
"Inilah simbol tentang keunikan masyarakat kita dalam kepelbagaian, sekali gus menjadi lambang kesatuan. Begitulah indahnya kita di Sabah," katanya di laman blog sskeruak.blogspot.my.
Salleh menjelaskan pengalamannya sendiri mengenai kenalannya dan masyarakat di Sabah termasuk aspek perkahwinan campur adalah sesuatu yang lumrah bagi masyarakat di negeri itu.
Katanya, semua agama mendidik ke arah kebaikan dan yang penting adalah fahaman dan pendekatan harus pragmatik kerana hakikatnya rakyat negara ini daripada 'rumpun' yang sama serta Malaysia adalah tanah air bersama.
"Marilah kita berpadu tenaga dan usaha demi negara. Apapun identiti, dan apapun agamanya, sama ada Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya, kita semua bertanggungjawab menjamin proses pembangunan berterusan dan keamanan negara berkekalan.
"Untuk itu, mari kita bangunkan kerukunan beragama, dengan memperkukuh toleransi. Mari kita suburkan budaya saling menghargai dan saling menghormati," katanya.
Bersempena penghujung tahun ini, Salleh turut mengajak rakyat agar menghadapi tahun depan dengan penuh semangat dan pengharapan kerana negara berjaya mencipta banyak kejayaan walaupun berada di tengah-tengah kemelut ekonomi global.
"Justeru, pada tahun hadapan 2017, marilah kita tingkatkan kebersamaan dan kerja keras kita, untuk melakukan usaha yang lebih baik lagi. Selamat Menyambut Hari Krismas 2016 dan Tahun Baru 2017 yang menjelang tiba," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
SALLEH: Seperti perayaan-perayaan lain, Krismas juga menjadi wadah penyatuan rakyat di negara ini. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh
Hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sokongan dan kerjasama rakyat perlu bagi mengawasi ancaman ekstremisme di negara ini.
Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh
Penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas.
Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh
UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Datuk Seri Dr Salleh.
Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh
Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak
BN, yang sekian lama merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, merupakan pilihan terbaik untuk dipilih rakyat pada PRU ke-14.
Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.