Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi

Madiha Abdullah
Disember 16, 2021 12:20 MYT
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan berkuat kuasa pada 24 dan 25 Disember 2021. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 telah meluluskan cadangan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Krismas yang dibentangkan Kementerian Perpaduan Negara.
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan berkuat kuasa pada 24 dan 25 Disember 2021.
“Bagi aktiviti keagamaan, upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), manakala persembahan koir di gereja dibenarkan, dengan penjarakan fizikal tidak kurang dari satu meter dan diwajibkan memakai pelitup muka atau face shield.
“Bagi aktiviti umum pula, aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dibenarkan hanya untuk penerima vaksin lengkap sahaja, manakala nyanyian carolling dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan,” kenyataan itu menyebut.
Sementara itu, Gerai Jualan Hari Krismas adalah tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
#Krismas #SOP #aktiviti keagamaan #perayaan #lengkap vaksinasi #Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 #kementerian perpaduan negara