MALAYSIA
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Krisya tidak mahu terburu-buru menghasilkan single baharu, sebaliknya memilih untuk lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju kerjaya seninya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua dekad menyepi daripada dunia nyanyian, penyanyi Krisya Norsabrina Roslan atau Krisya kini bersedia untuk kembali aktif dalam industri seni dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkemaskan kualiti vokal serta teknik nyanyiannya.
Krisya, 44, bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mahu terburu-buru menghasilkan single baharu, sebaliknya memilih untuk lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju kerjaya seninya, termasuk meneroka genre yang benar-benar serasi dengan karakter vokalnya.
"Saya mahu menilai langkah seterusnya dalam industri ini secara lebih matang kerana suara saya agak besar, dan tidak semua lagu sesuai untuk dibawakan. Apabila sudah kembali, saya mahu lakukannya dengan betul dan menghasilkan karya terbaik untuk peminat," katanya kepada Bernama.
Menurut pelantun lagu Gemersik itu, pencarian komposer yang memahami kekuatan vokalnya menjadi keutamaan bagi memastikan setiap karya mampu menyerlahkan identiti sebenar suaranya, bukan sekadar mengikut arus semasa.
"Bagi saya, lebih penting lagu itu digubah mengikut karakter serta kemampuan suara sendiri, bukan semata-mata mengikut trend," katanya sambil mengakui turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah album.
Mengulas lanjut, Krisya berkata, semangat untuk kembali aktif dalam industri seni itu hadir selepas ditawarkan menyanyikan lagu tema filem Keluang Man pada tahun lalu, yang disifatkan sebagai titik perubahan besar dalam hidupnya.
Krisya mengakui, sebelum itu, selepas mendirikan rumah tangga, beliau memilih untuk menutup sepenuhnya lembaran kerjaya nyanyian dan memberi tumpuan kepada keluarga serta menguruskan perniagaan bersama-sama suami.
"Kalau ikutkan, memang saya akan terus menjadi suri rumah. Namun peluang merakam semula lagu tema filem Keluang Man membuatkan saya rasa ini memang rezeki serta masa terbaik untuk kembali," katanya.
Ibu kepada empat anak itu turut mengakui sokongan penuh suami menjadi kekuatan utama untuk beliau kembali ke dunia seni, termasuk berkongsi tanggungjawab dalam menguruskan keluarga.
"Suami menyuruh saya mencuba sahaja dan sokongan itu membuatkan saya lebih yakin. Lagipun anak-anak semakin membesar, jadi kenapa tidak saya gunakan peluang ini sebaiknya," katanya.
Mengulas penyertaannya dalam program realiti Gegar Vaganza 12 (GV12), Krisya menganggap pengalaman itu sebagai permulaan baharu untuk kembali mendekati peminat serta industri muzik tempatan.
"Apa yang saya lalui menerusi program ini ibarat membuka lembaran baharu dalam kerjaya seni. Walaupun hanya bertahan selama sembilan minggu, saya sangat seronok dapat kembali menyanyi di atas pentas di hadapan khalayak ramai," katanya.
-- BERNAMA