Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberi ingatan kepada kerajaan bahawa bukan semua yang mengkritik atau tidak berpuas hati dengan kerajaan itu menyokong atau suka dengan pembangkang.
Katanya, rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka.
"Tiada kerajaan tanpa rakyat. Apabila rakyat merdeka jiwanya dan mempunyai pengetahuan serta maklumat maka mereka tidak akan bersetuju dengan kerajaandalam perkara yang menjejaskan kepentingan mereka sebagai rakyat," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.
Jelas Dr. Mohd. Asri, kritikan oleh rakyat itu bukannya bermakna mereka yang mengkritik itu menjadi agen pembangkang atau ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.
"Jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal dan enggan akal mereka dimandul.
"Jika kerajaan tidak mahu dikritik, sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya.
Kenyataan Dr. Mohd. Asri ini menyusul pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka pada malam sambutan tahun baru 2014 Selasa lalu sebagai penderhaka yang dihalalkan darahnya dari segi syarak.
Pandangan Harussani itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak termasuk ada yang menggesa kedudukan beliau sebagai Mufti Perak dikaji semula.
Himpunan itu diadakan bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup dan harga barangan yang menambah beban tekanan ekonomi di kalangan rakyat. Ia bagaimanapun disifatkan oleh pihak polis sebagai satu percubaan menggulingkan kerajaan dengan senjata.
Astro Awani
Sun Jan 05 2014
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Bacaan kuat selain azan
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulas tentang bacaan-bacaan selain azan yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai.
Jangan lelong murah nama Nabi Muhammad S.A.W
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menulis tentang penyalahgunaan nama Nabi Muhammad s.a.w.
Wahai anti-hadis yang sesat
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menulis pandangannya mengenai fahaman yang menolak hadis sebagai sumber rujukan.
Kritik kerajaan bukan bermakna sokong pembangkang, kata Dr. Asri
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bukan semua yang mengkritik kerajaan menyokong atau suka dengan pembangkang.
Patutkah politik dicampur agama?
Pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang menggunakan agama Islam sebagai senjata dalam politik.
Jangan mudah mengkafir dan menerakakan orang
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menulis tentang ciri-ciri wasatiyyah yang harus ada di kalangan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Kalimah Allah: Emosi dan realiti
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menulis tentang kontroversi penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam susulan keputusan Mahkamah Rayuan, Isnin lepas.