KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memastikan perubahan sistematik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah di Malaysia.
Pengerusi KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia melalui gabungan kolektif ahli-ahli Parlimen, senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.
“KRPPM menyasarkan kebebasan institusi kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada peranan Pendakwa Raya.
“Penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga adalah antara tumpuan KRPPM dalam usaha ini.
“Selain daripada itu, KRPPM mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Tetap Dewan Rakyat bagi SPRM dan SPR,” katanya kepada Sinar Harian di bangunan Parlimen pada Khamis.
Selain Che Abdullah, KRPPM ini dianggotai oleh Hannah Yeoh sebagai Timbalan Pengerusi; Fuziah Salleh (Setiausaha) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Bendahari).
Ahli lain ialah Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ignatius Darrel Leiking; Lukanisman Awang Sauni (Sibuti); Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat); Yayasan Sinar Untuk Malaysia #Rasuah Busters; Transparency International Malaysia; Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), PATRIOT dan UNDI 18.
Turut menganggotai KRPPM, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak; Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub; Juruaudit, Shah Hakim Zain; Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy; peguam, Christopher Leong, ahli ekonomi, Dr Terence Gomez dan pakar undang-undang, Maha Balakrishnan.
Tambah Che Abdullah, pihaknya turut melahirkan komitmen menyeluruh setiap anggota bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa.
“Melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hannah berkata, salah satu kelebihan KRPPM adalah turut dianggotai oleh masyarakat sivil.
“Mereka berkongsi kepakaran tentang topik ini dan kesedaran bagi menentang rasuah.
“Ia tidak hanya di dalam Parlimen, kini kita mempunyai masyarakat sivil bersama-sama dengan penggubal undang-undang,” ujarnya.
Hasanuddin pula menyifatkan dengan adanya KRPPM, ini menunjukkan satu perubahan besar dalam negara akan berlaku.
“Kerana selama ini badan bukan kerajaan (NGO) di luar Parlimen. Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada dua tiga kumpulan yang kami bawa dan duduk bersama-sama kami ahli Parlimen. Bererti itu satu petanda yang baik untuk negara kita,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 08 2022
Ahli-Ahli KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah bergambar selepas mesyuarat di bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto Sinar Harian
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Reformasi sistem antirasuah diharap dapat dilaksana penggal ini - KRPPM
Perkara itu dilihat bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai memandangkan rangka kerja bagi pelaksanaan itu telah lama dibuat.
Dewan Rakyat lulus penubuhan KRPPM Integriti, Governans dan Anti Rasuah
Keanggotaan KRPPM yang terdiri daripada lapan anggota ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan dan pembangkang ini dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh.
KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah
KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memastikan perubahan sistematik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah di Malaysia.
KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti
Kebebasan institusi kehakiman, SPRM, SPR dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya juga sasaran KRPPM.
KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kerjasama diperlukan untuk dasar pelarian yang sesuai, holistik di Malaysia
Tiga bahagian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menyeru kerjasama dwipartisan bagi membantu negara membangunkan dasar yang sesuai dan holistik mengenai pengurusan pelarian.
KRPPM Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan ditubuhkan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkam penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan.