awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2022
05:19 MYT
KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti
Pada 23 Ogos lalu Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan & Anti Rasuah yang dianggotai oleh lapan Ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan dan pembangkang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pada 23 Ogos 2022 Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan & Anti Rasuah.
Keanggotaan KRPPM yang terdiri daripada lapan anggota Ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan dan pembangkang ini dipengerusikan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Selain itu, KRPPM juga dianggotai Datuk Seri Panglima Azizah Muhd Dun, Datuk Ignatius Darell Leiking, Lukanisman Awang Sauni, Hannah Yeoh, Fuziah Salleh, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Fokus penubuhan KRPPM adalah untuk memastikan perubahan sistemik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah di Malaysia, melalui gabungan kolektif Ahli-Ahli Parlimen, Senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.
KRPPM mensasarkan kebebasan institusi Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada peranan Pendakwa Raya.
Penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga adalah antara tumpuan KRPPM dalam usaha ini.
Selain daripada itu, KRPPM mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Tetap Dewan Rakyat bagi SPRM dan SPR.
KRPPM ini turut dianggotai kumpulan masyarakat sivil #RasuahBusters (Sekretariat), Transparency International Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), PATRIOT, UNDI 18, dan kumpulan pakar Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak, Datuk Hussamuddin Yaacub, Shah Hakim Zain, Anas Zubedy, Maha Balakrishnan, Christopher Leong dan Dr Terence Gomez.
KRPPM menyatakan komitmen menyeluruh setiap anggota demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan.
Bersesuaian dengan kehendak rakyat dalam masa yang kritikal sebelum Parlimen ini dibubarkan, KRPPM berharap untuk mendapat kerjasama Perdana Menteri dan pentadbirannya, Speaker, Peguam Negara, ahli Parlimen dan parti politik bagi menjayakan usaha dan objektif KRPPM.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh:
Ahli KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah
Topic Berkaitan
#Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia
#KRPPM
#ahli Parlimen
#masyarakat sivil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan