awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru kapal dikhuatiri lemas selepas jatuh laut

Bernama
Bernama
04/10/2023
06:13 MYT
Kru kapal dikhuatiri lemas selepas jatuh laut
Operasi SAR dilakukan oleh dua anggota PPDA di lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan radius pencarian 25 meter ke kiri dan kanan kapal. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata dalam mangsa, Miah Md Ujjal dikatakan terjatuh dalam laut pada ketinggian kira-kira enam meter ketika sedang membuat kerja di atas kapal Als Clivia.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi, sebelum beberapa jentera dengan kekuatan 24 anggota dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Skudai, digegaskan ke lokasi kejadian.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh dua anggota PPDA di lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan radius pencarian 25 meter ke kiri dan kanan kapal.
"SAR dihentikan sementara pada 3.15 petang semalam disebabkan keadaan arus laut, namun disambung semula pada 4.18 petang selepas keadaan normal, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya operasi SAR disambung semula pada 10 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kru kapal
#jatuh kapal
#lemas
#Pelabuhan Tanjung Pelepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan