awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU

Bernama
Bernama
25/09/2023
12:27 MYT
KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan beberapa pusingan kerja dan pelantikan baharu dalam pengurusan tertinggi perkhidmatan awam melibatkan pemindahan empat Ketua Setiausaha (KSU) kementerian ke penempatan baharu dan satu lantikan baharu KSU.
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.
KSU Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Dr Zaini Ujang berpindah sebagai KSU Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Isham Ishak berpindah sebagai KSU Kementerian Pertahanan manakala jawatan KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal diisi Hairil Yahri Yaacob, yang kini Timbalan KSU MITI.
KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof pula berpindah sebagai KSU Kementerian Perpaduan manakala KSU Kementerian Perpaduan Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
"Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai-pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementeian dan agensi masing-masing dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI," kata Mohd Zuki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSN
#KSU
#Mohd Zuki Ali
#pelantikan baharu
#pusingan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan