KUALA LUMPUR: Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Perbahasan tiga hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan KSP RMK12 pada Isnin, disertai 151 Ahli Parlimen dengan cara dan gelagat masing-masing, tidak kurang juga yang membaca sepenuhnya daripada teks ucapan.
Sesi perbahasan yang bermula Selasa tamat pada Khamis dan sebelum menangguhkan persidangan semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata penggulungan oleh kementerian berkaitan akan dijalankan pada 18 dan 19 Sept.
Dua hari (Isnin dan Selasa) diperuntukkan pada sidang khas Parlimen kali ini bagi menteri menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat ketika perbahasan usul itu bagi pihak kementerian masing-masing.
Rata-rata Ahli Parlimen yang berucap membangkitkan masalah keterjaminan bekalan makanan negara terutama isu beras termasuk kenaikan harga beras import, selain isu-isu ekonomi serta menyentuh mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pula, masalah infrastruktur terutama jalan raya yang tidak sempurna, bekalan air bersih dan karan (elektrik) yang dihadapi rakyat terutama di kawasan pedalaman negeri itu disuarakan bagi mencari jalan penyelesaian.
Selain itu, tidak sah jika tiada gelagat wakil rakyat yang saling berperang mulut sehingga menyebabkan sesi terhenti beberapa ketika, terutamanya apabila masing-masing bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat untuk menyokong hujah.
Antaranya apabila usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid, ditolak oleh speaker.
Bagaimanapun, Johari berkata beliau tetap memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk bercakap mengenai usul yang ditolak itu, selepas pembentangan KSP RMK12.
Pada masa sama, Johari menjelaskan usul itu ditolak kerana persidangan yang berlangsung pada masa ini adalah Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang termaktub di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3) di bawah kuasa perdana menteri.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor turut menegur Ahli Parlimen untuk menjaga kelakuan dan tidak menjadikan suasana persidangan seperti di pasar borong, sehingga menyukarkan fakta direkod dan penjelasan tidak dapat didengar.
KSP RMK12 dibentangkan Perdana Menteri Isnin lepas bermatlamatkan 'Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi', dengan memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama.
Melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan, KSP RMK12 adalah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata penggulungan oleh kementerian berkaitan akan dijalankan pada 18 dan 19 Sept. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
KSP RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan
Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan u
Perumahan Inklusif MADANI diharap tawar kelainan
Warga Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang harap ia menawarkan kelainan dengan harga berpatutan berbanding projek sedia ada.
KSP RMK12: Segerakan subsidi bersasar untuk perkukuh fiskal negara - Johari
Pengurangan subsidi pukal membantu kerajaan dari segi penjimatan awam dan juga mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.
Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi
Kata Mohammad Nizar, ia bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur di Perak.
Rakyat Terengganu, Kelantan bakal terima manfaat inisiatif KSP RMK12
Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan membangunkan negara dan memacu pertumbuhan ekonomi secara adil.
Inti pati ucapan PM Anwar semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12
Gagasan dalam KSP RMK12 bermatlamatkan "Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi."