awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal

Bernama
Bernama
12/08/2024
20:30 MYT
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Johari berkata, langkah itu bagi membolehkan Ahli Parlimen mempunyai lebih masa untuk meneliti dan mengkaji RUU sebelum dibahaskan di Parlimen. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, langkah itu bagi membolehkan Ahli Parlimen mempunyai lebih masa untuk meneliti dan mengkaji RUU sebelum dibahaskan di Parlimen.
Beliau berkata, selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa perbahasan semua Ahli Parlimen yang seringkali meleret-leret sehingga menimbulkan tidak puas hati sesama mereka.
"Saya dah panggil semua Ketua Setiausaha dan mohon kerjasama mereka. Kalau ada RUU baharu yang akan diperkenalkan di Parlimen atau ada pindaan terhadap satu undang-undang, seelok-eloknya RUU itu sampai awal ke Parlimen.
"Saya menetapkan seeloknya 14 hari supaya dalam tempoh itu kita sempat edar kepada Ahli Parlimen. Ahli Parlimen pula dapat baca dan buat kajian sebab ada masa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada Isnin.
Turut hadir Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Nor Hamzah dan timbalannya, Khazan Che Mat.
Dalam pada itu, Johari turut mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform untuk mempromosi diri sendiri.
Johari berkata, isu politik tidak sekali-kali boleh dibawa masuk ke Parlimen kerana ia merupakan tempat untuk membincangkan permasalahan rakyat.
"Di Parlimen rakyat nak dengar pasal (masalah) mereka bukan kita (ahli politik). Setiap minit kita berada dalam dewan adalah untuk rakyat. Jadi elakkan promosi diri sendiri dan bincang hal rakyat yang banyak," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#masa perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan