[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

KTM Komuter: 50 peratus diskaun perjalanan bagi penumpang pada 3 & 4 Jun

Astro Awani 01/06/2025 | 16:09 MYT
Ia susulan kelewatan operasi tren susulan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan yang sedang dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberikan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50 peratus untuk semua jenis tiket termasuk kategori konsesi selama dua hari bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.


Ringkasan AI
  • KTMB menawarkan diskaun 50% tambang KTM Komuter Lembah Klang pada 3 dan 4 Jun 2025 sebagai pampasan akibat kelewatan tren.
  • Kelewatan berlaku kerana kerja naik taraf sistem semboyan antara Stesen Kepong hingga Salak Selatan di bawah projek KVDT1.
  • Penumpang digalak merancang perjalanan lebih awal dan menyemak jadual tren melalui aplikasi KTMB Mobile atau laman web MyRailtime.


Ia susulan kelewatan operasi tren susulan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan yang sedang dilaksanakan di antara Stesen Kepong hingga Stesen Salak Selatan yang telah bermula pada 30 Mei.

Kerja-kerja naik taraf sistem semboyan ini dijangka siap sepenuhnya pada 2 Jun 2025.

Ia adalah sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf di bawah projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 1 (KVDT 1) untuk memastikan sistem semboyan yang lebih cekap, selamat dan mampu menyokong operasi tren penumpang yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Ketika ini, perkhidmatan tren yang mengalami kelewatan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan ETS

a) Kesemua perkhidmatan ETS laluan KL Sentral - Butterworth, KL Sentral - Padang Besar, Segamat - Padang Besar, Segamat - Butterworth mengalami kelewatan melebihi 120 minit.

KTM Komuter Lembah Klang

a) Laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang;
b) Laluan Tanjung Malim – KL Sentral – Tanjung Malim;

Penumpang disarankan agar merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini serta sentiasa menyemak jadual terkini melalui aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang MyRailtime dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran media sosial rasmi KTMB.


#KTMB #ETS