[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam

Bernama 16/02/2025 | 13:59 MYT
KTMB memaklumkan sebanyak 483,880 penumpang menggunakan perkhidmatan itu berbanding 479,877 penumpang tahun lepas, terutamanya menuju ke Stesen Batu Caves. - Gambar fail/KTMB
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.
KTMB memaklumkan sebanyak 483,880 penumpang menggunakan perkhidmatan itu berbanding 479,877 penumpang tahun lepas, terutamanya menuju ke Stesen Batu Caves.
"Inisiatif tambang percuma yang dilaksanakan untuk dua hari pada 10 dan 11 Feb turut mencatatkan peningkatan tujuh peratus dengan 333,684 penumpang telah memanfaatkan perjalanan percuma ini, berbanding 310,905 penumpang tahun lepas," menurut KTMB dalam kenyataan hari ini.
Inisiatif itu menurut KTMB bukan sahaja menggalakkan penggunaan pengangkutan awam malah membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta meringankan beban kewangan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.
KTMB turut menzahirkan penghargaan kepada semua pengguna yang memilih perkhidmatan KTM Komuter sepanjang Thaipusam dan komited dalam menambah baik perkhidmatan demi keselesaan serta keselamatan penumpang.
-- BERNAMA
#KTMB #Thaipusam #beban kewangan #pengangkutan awam