awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan 8.30 pagi ini

Bernama
Bernama
17/03/2020
20:02 MYT
KTMB kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan 8.30 pagi ini
Perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar, KTM Komuter dan Skypark Link masih beroperasi seperti biasa. - Gambar fail
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas penumpang dan tren bermula 8.30 pagi ini (Rabu, 18 Mac) susulan penularan wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Kamarulzaman Zainal berkata hanya bukan warganegara Malaysia dibenarkan menaiki tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) ke Stesen Woodlands, Singapura.
Sementara di Stesen Woodlands, hanya rakyat Malaysia yang dibenarkan menaiki tren berkenaan untuk ke JBS.
"Bagi tren ulang-alik di antara sempadan Malaysia dan Thailand melibatkan perkhidmatan State Railway of Thailand pula digantung sepenuhnya buat sementara.
"Bagaimanapun, perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar, KTM Komuter dan Skypark Link masih beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata penumpang yang ingin membuat pindaan atau pembatalan tiket sepanjang tempoh perintah itu diminta merujuk kepada stesen-stesen berhampiran.
Menurutnya, pemulangan tambang akan dibuat mengikut garis panduan telah ditetapkan iaitu 14 hari selepas tarikh pembatalan tiket.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lanjut berkaitan operasi tren KTMB menerusi laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan di 03-2267 1200.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#koronavirus
#KTMB
#perintah kawalan pergerakan
#Shuttle Tebrau
#Stesen Johor Bahru Sentral
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan