awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB mahu pertingkat perkhidmatan - Presiden

Bernama
Bernama
27/12/2015
07:29 MYT
KTMB mahu pertingkat perkhidmatan - Presiden
Penambahbaikan perkhidmatan KTMB amat perlu demi menyahut permintaan dan keperluan penumpang yang semakin ramai. - Gambar fail
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan meningkatkan perkhidmatannya di seluruh negara, kata Presidennya Lt Kol (B) Sarbini Tijan.
Beliau berkata mulai semalam KTMB telah memperkenalkan empat Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) tambahan bagi laluan Butterworth-Kuala Lumpur yang perjalanannya mengambil masa tiga jam 35 minit bagi setiap perjalanan.
Tahun depan KTMB juga akan menambah dua lagi perkhidmatan ETS bagi laluan Padang Besar-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Padang Besar selain menambah kekerapan perkhidmatan komuter bagi laluan Kamunting-Butterworth dan Butterworth-Gurun, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata KTMB juga merancang untuk menambah kekerapan perkhidmatan tren ulang-alik bagi laluan Padang Besar-Butterworth kepada 10 kali perjalanan sehari.
"Setakat kini kita hanya ada empat kekerapan perjalanan tren ulang-alik ini dan kita akan tambah sebanyak enam perjalanan lagi bagi laluan Padang Besar-Butterworth," kata Sarnini.
Beliau juga berkta KTMB sedang merangka untuk menaik taraf akademi keretapi KTMB di Batu Gajah, Perak supaya dapat menawarkan program peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengangkutan khususnya teknologi kereta api.
"Dalam hala tuju industri kereta api negara, kita telah kenal pasti dua pusat latihan yang akan digunakan sebagai pusat kecemerlangan iaitu di Batu Gajah dan di Pusat Latihan Prasarana Berhad di Ampang,"katanya.
Katanya sehingga kini pusat latihan itu hanya menawarkan pengajian peringkat diploma kepada kakitangan KTMB dan agensi yang terlibat dengan industri kereta api dalam negara.
"Latihan yang diberikan lebih cenderung kepada kemahiran iaitu 80 peratus berbentuk amali dan 20 peratus berbentuk teori tentang sistem pengangkutan kereta api dan tahun depan kita akan buka kepada umum," katanya.
Topic Berkaitan
#komuter
#KTMB< Ets
#penambahbaikan
#perkhidmatan
#Sarbini Tijan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan