Skip to main content

Malaysia

KTMB nasihat penumpang semak maklumat pada tiket, datang awal ke stesen

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Warga kota menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri.  KTMB menyediakan 251,752 tempat duduk bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bersempena sambutan Aidilfitri dengan penambahan 228 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 hingga 29 Mac.  Antara laluan tambahan ETS ialah JB Sentral-KL Sentral-JB Sentral, enam perjalanan Ipoh-KL Sentral-Ipoh, masing-masing dua perjalanan bagi laluan
Warga kota menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diingatkan supaya menyemak maklumat pada tiket serta datang 30 minit lebih awal ke stesen bagi mengelakkan mereka dihalang masuk ke kawasan berbayar di platform.

Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan ETS dan Antarabandar KTMB Mohd Azhar Abu Bakar berkata penumpang juga disaran mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial KTMB serta memuat turun aplikasi KTMB dan ETS.

Advertisement

“KTMB telah melakukan penyelenggaraan semua tren untuk memastikan operasi tren berjalan lancar untuk keselesaan penumpang sepanjang tempoh Aidilfitri, iaitu dari 17 hingga 29 Mac.

“​Selain itu, kita menempatkan kakitangan di stesen-stesen utama seperti di KL Sentral, JB Sentral, Alor Setar, Ipoh dan Butterworth bagi membantu mengawal kesesakan orang ramai,” katanya di KL Sentral hari ini.

Menyentuh mengenai penjualan tiket, Mohd Azhar berkata pihaknya menawarkan lebih 251,000 tiket sempena Aidilfitri tahun ini termasuk 71,728 tiket untuk tren tambahan.

Beliau berkata untuk perjalanan biasa, KTMB menyediakan kira-kira 180,000 tiket yang telah habis terjual.

“Justeru, kami menambah tren tambahan dengan 71,728 tiket. Jumlah keseluruhan lebih 251,000 tiket dan ini merupakan penjualan tiket terbesar pernah ditawarkan,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video