MALAYSIA
KTMB sedia dua perkhidmatan ETS tambahan sempena cuti sekolah, cuti umum
Tren tambahan menawarkan 630 tempat duduk sehari termasuk kelas perniagaan, dengan jadual perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pada 11.05 pagi dan sebaliknya pada 5 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar dan sebaliknya sempena cuti sekolah penggal kedua serta cuti umum Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul dan Hari Malaysia.
Ringkasan AI
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tren tambahan itu akan beroperasi selama 18 hari bermula 28 Ogos-1 Sept, 5-7 Sept serta 2-21 Sept dan tiket akan dijual mulai 10 pagi esok.
"Tren ini akan beroperasi selama 18 hari dan menawarkan 630 tempat duduk sehari, termasuk kemudahan kelas perniagaan. Secara keseluruhan, 11,340 tempat duduk disediakan sepanjang tempoh operasi tren tambahan ini," menurut kenyataan itu.
Menurut KTMB, ETS tambahan akan bergerak dari Padang Besar pada 11.05 pagi dan tiba ke KL Sentral pada 4.30 petang manakala ETS tambahan dari KL Sentral akan bergerak pada 5 petang dan tiba di Padang Besar pada 10.20 malam.
Kenyataan itu memaklumkan perkhidmatan tren tambahan bertujuan menampung permintaan tinggi pada musim cuti umum serta menggalakkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman memilih pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.
"Langkah ini juga diambil selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Julai lepas yang memberi cuti tambahan pada 15 Sept ini. Usaha ini sejajar dengan komitmen KTMB untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan perjalanan penumpang lebih selesa, lancar dan memenuhi keperluan pengguna," menurut kenyataan itu.
KTMB turut menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.
Pengguna juga disarankan untuk hadir di stesen 30 minit lebih awal bagi memudahkan urusan dokumentasi dan pintu akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas, sekali gus memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
Pengguna turut disarankan mendapatkan tiket secara dalam talian menerusi aplikasi KITS Style, versi yang telah ditambah baik dan dilancarkan dua minggu lepas dengan pelbagai kemudahan dalam satu platform digital yang boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan AppGallery.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-97791200
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KTMB menyediakan dua tren ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena cuti sekolah penggal kedua dan cuti umum dari 28 Ogos hingga 21 September 2025, melibatkan 18 hari operasi.
- Tren tambahan menawarkan 630 tempat duduk sehari termasuk kelas perniagaan, dengan jadual perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pada 11.05 pagi dan sebaliknya pada 5 petang.
- Langkah ini bertujuan menampung permintaan tinggi, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan selari dengan cuti tambahan pada 15 September; pengguna digalakkan beli tiket awal melalui aplikasi KITS Style dan hadir di stesen 30 minit sebelum tren berlepas.