MALAYSIA
KTMB sedia empat tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah
Tren ETS tambahan adalah sebahagian daripada usaha KTMB untuk memenuhi permintaan tinggi apabila tiket perkhidmatan tren ETS biasa habis dijual. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan merangkumi 22,680 tiket sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
KTMB menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan mula beroperasi dari 19 Dis hingga 11 Jan 2026, merangkumi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, dengan penjualan tiket dibuka mulai 10 pagi, esok.
Dua perkhidmatan ETS tambahan disediakan untuk perjalanan harian bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar, manakala dua lagi perkhidmatan akan disediakan setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) bagi sektor Butterworth-KL Sentral-Butterworth.
"Tren ETS tambahan ini adalah sebahagian daripada usaha KTMB untuk memenuhi permintaan tinggi apabila tiket perkhidmatan tren ETS biasa habis dijual," menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan inisiatif itu mencerminkan komitmen KTMB dalam menyediakan penyelesaian terbaik untuk menampung keperluan penumpang dan memastikan perkhidmatan rel terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan menawarkan perjalanan yang selesa, selamat dan memenuhi kehendak pengguna.
"KTMB menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.
"Pengguna juga diingatkan untuk tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas," menurut kenyataan itu.
Jadual perjalanan boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi KTMB, saluran media sosial rasmi KTMB atau hubungi Pusat Panggilan KTMB melalui talian 03-9779 1200.
-- BERNAMA