awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB sedia tren tambahan sempena PRN, cuti sekolah

Bernama
Bernama
04/08/2023
10:26 MYT
KTMB sedia tren tambahan sempena PRN, cuti sekolah
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 Sept sempena cuti sekolah. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan cuti sekolah akan datang.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 Sept sempena cuti sekolah.
Tren tambahan itu menawarkan sejumlah 8,190 tiket yang akan mula dijual pada 10 pagi esok.
"Setakat hari ini, tiket perkhidmatan ETS sedia ada telah 68 peratus dijual.
"Bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman, KTMB sekali lagi menawarkan tren ETS tambahan terutamanya mereka yang akan pulang mengundi di Pulau Pinang dan Kedah," menurut kenyataan itu.
Para pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#PRN
#cuti sekolah
#perkhidmatan tambahan tren elektrik ETS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan